K!P@$ $u$@H H@t!

Tuesday, October 19, 2010

Wonderfull Life

BAB 4

          Pesawat yang dinaiki Bell selamat mendarat  di lapangan terbang Tokyo. Mendengar pengumuman daripada pilot yang bertugas Bell mencapai beg galasnya dan berjalan turun dari pesawat. Haiccarl ditinggalkan begitu sahaja. Haiccarl yang baru tersedar dari lena, berjalan dibelakang Bell sambil memegang jaketnya.

          “Hati-hati jalan jangan sampai jatuh terpeluk orang pula.”

          Suara Haiccarl  kedengaran bagaikan halilintar memeceh bumi, memecah telinga Bell dengan pantas dia menuruni anak tangga tanpa menoleh ke arah Haiccarl yang berada dibelakangnya. Sesampai dibawah dia memanjangkan leher mencari teman-temannya.

          ‘Kalau tiada teman siapa yang akan tolong aku snap gambar… Rugi laa macam nie… Demi gambar macam citer awan Dania aku sanggup tergur mangkuk tur…’Fikir Bell.

          “Hello, awak tolong saya snap gambar, saya nak pose macam awan Dania boleh??” Bell meminta tolong daripada bakal musuhnya Haiccarl.
          “Berdiri tegak jangan bergerak.” Haiccarl memberi arahan kepada Bell.

          Bell yang tidak menghiraukan arahan daripada Haiccarl memberi pose yang istimewa untuk dikirim kepada Edward. Haiccarl hanya mengikut rentak Bell, setelah gambar diambil Haiccarl memulangkan balik kamera Bell.

          Thanks a lot awak tolong saya amik (ambil) gambar…Thank you very very much.”

          Bell mengambil camera Canonnya kembali dan melangkah ke arah pintu masuk lapangan terbang, sempat dia memberi flying kiss ke arah Haiccarl. Haiccarl tersenyum dengan tindakkan Bell yang nyata mencuit hatinya.
         
          “Hish minah nie sewel ke aper?? Dah lah tumpahkan jus kat baju aku, mintak amik gambar, boleh pulak dia bagi flying kiss kat aku. Sah laa tur sewel mana ada manusia waras yang buat macam tur kat orang yang tidak dikenali. Whatever jelah…” Kata Haiccarl sambil terus melangkah.

         
          Selepas membuat pengesahan dikaunter, Bell membawa haluannya ke arah tempat menunggu luggage.  Dengan penuh sabar Bell menanti bagasinya, sambil itu matanya meliar mencari kelibat Girlz. Sebaik sahaja dia terpandang krewnya segera dia melambai tangan. Dania membalas lambaian Bell sambil menunjukkan bagasi milik Bell telah ada bersama mereka. Bell berjalan dicelah-celah orang ramai yang sedang menunggu bagasi mereka, tanpa disengajakan dia terlanggar seseorang. Bell berlalu setelah mengucapkan kata maaf tapi nampak macam tak iklas kerana muka orang tersebut langsung tidak ditoleh.

          “Huh minah nie asal aku jumpa dia jer mesti ada kes. Ko tak apa-apa mir??” Soal Haiccarl yang menyaksikan kejadian tersebut.
          “Hurm… Aku tak apa-apa… Cute laa minah tur…Aku rasa macam aku pernah jumpa but not sure kat mana…Ko kenal aweks tu ker Carl??” Amir menyoal Haiccarl.
          “Dah cepat follow me, kita dah lambat jangan-jangan krew Girlz dah terpacak dengan Mr Onizuka.” Balas Haiccarl dalam nada kurang senang dengan soalan yang diajukkan Amir.
          Tanpa memjawab soalan dari Amir, Haiccarl menyuruh Krewnya bergerak pantas. Krew Wakakah bergerak pantas mencari Mr Onizuka yang telah menunggu mereka.

          Bell macam mana kita nak kenal orang yang jemput kita tur?? Ko kenal?? Soal Rienie anak kacukan Belanda memang cantik orangnya berkulit putih langsat.
          “Ye la Bell macam mana kita nak kenal?? Dah laa cakap nihon (Jepun) pon kami tak tau.” Balas Dania pula disokong oleh Diedie dan Rina.
          “Alah relax laa…Chill…Aku kenal Mr Oni tur jangan susah ati (hati) tapi kalau nak jadi kipas susah mati aku boleh sesangat…Hehehe…Peace… Tapi aku nak minta tolong cket (sikit)… Jangan panggil aku Bell call me IS please…” Bell tayang muka kesian.
          “Dah toksah nak tayang muka budget 10 sen ko tur, kalau ko buat muka 1 sen pon belum tentu kami nak panggil ko IS nama Bell ok apa tak pon ding dong Bell. Hehehe…” Kata Rienie diikuti gelak tawa dari mereka berempat, Rienie sengaja menjolok sarang tebuan.
          Listen here, whatever whenever aku nak korang panggil aku IS.Arrasso??!!” Kata Bell tegas.

          Bell wajib menyembunyikan identitinya yang sebenar dia takut kalau-kalau keluarganya mengesan yang dia telah keluar negara tanpa pengetahuan mereka kecuali Edward. Krewnya terdiam dengan arahan Bell. Mereka membuntuti Bell sambil membawa bagasi masing-masing. Bell berhenti dan memandang sekeliling mencari pintu keluar, Bell memandang krewnya seraya berkata.

          “Kita gerak ke pintu keluar aku percaya Mr Oni dah lama tunggu kita.” Kata Bell sambil berjalan ke arah pintu .

Krew bersetuju mereka berjalan bersama-sama ke arah pintu keluar dengan lengang-lenggok model berjalan. Ternyata tekaan Bell tepat Mr Onizuka telah menunggu mereka sambil memegang sepanduk ‘Wakakah & Girlz’ didepan pintu keluar.

          “Konnichiwa, Anata no Onizuka desu ka? Watashi wa Isabella Martinez. Kore wa Girlz.” Sapa Bell. (Bell menyapa didalam bahasa Jepun)
         
          Girlz tergamam kerana mereka langsung tidak tahu Bell boleh bertutur bahasa Jepun dengan baik.

          “Patut lah tenang jer bila aku soal pasal hal nie tadi.” Kata Rienie.
          “Ye,la setenang air sungai yang disangka tiada buaya.” Sambung Diedie.
          “Konnichiwa, Girlz. Watashiwa Onizuka. Terkejut saya kamu boleh berbahasa Jepun dengan baik.” Onizuka memuji Bell, sambil tersenyum manis.
          “Rienie, Diedie, Dania and Rina. Saya you boleh panggil IS.” Bell memperkenalkan krew Girlz seorang demi seorang, mereka tunduk hormat kepada Onizuka. Cara orang Jepun beri hormat.
          “Mr Oni, boleh kita gerak sekarang??” Soal Rina.
          “Saya tengah tunggu krew Wakakah dari Malaysia. Ada kamu jumpa mereka?” Soal Onizuka.

          Belum sempat mereka menjawab sekumpulan lelaki berjalan kearah mereka.

          ‘Isqh, kenapa laa monkey nie boleh ada kat cine(sini)?! Takkan la….’ Bell berfikir kenapa Haiccarl melambai tangan ke arah Onizuka.

          “Hello, Onizuka kami Wakakah. Sorry terlewat kami tersesat. Haiccarl menyapa Onizuka.

          Krew Wakakah berjabat tangan dengan Onizuka. Bell terasa seperti ingin pengsan disaat itu.Tidak disangka dalam banyak-banyak mahluk atas bumi nie untuk dijadikan musuh Haiccarl merupakan salah seorang daripadanya manakala perubahan wajah Bell yang ketara telah lama diperhatikan oleh Haiccarl.

          “Girlz & Wakakah meet each other” Onizuka memperkenalkan mereka.

          Girlz dan Wakakah tersenyum sesama sendiri tetapi senyuman Bell cukup mahal untuk dipamerkan kepada Wakakah terutamanya Haiccarl. Bell mempamer sunyuman tidak ikhlas memang wajar fikirnya. Musuh buat apa senyum!

          “Let’s go, kita dah lambat sepatutnya sekarang kamu dah boleh berehat di tempat penginapan kamu tidak jauh dari sini. Group lain dah tunggu kedatangan kamu.”

          Onizuka memaklumkan kepada mereka tentang kehadiran krew lain selain daripada mereka. Mereka menaiki limousine hitam menuju ke tempat penginapan. Di dalam perjalanan mereka berkenalan sesama sendiri, tetapi Bell bertindak mengasingkan diri dengan hanya mendengar MP3 dari Sony Walkman NW-E013 “Lipstick” miliknya dan memandang keluar tingkap sambil menikmati pemandangan dibumi matahari terbit itu. Gelagatnya sekali lagi menarik perhatian pemuda bernama Haiccarl. Girlz pelik mengapa Ms Cold boleh jadi Ms Silent  Wakakah yang turut memerhati kelakuan Bell menganggapnya kera sumbang.

 

          “Kenapa dengan kawan awak tu??” Soal Amir mewakili rakannya yang lain.

          “Oh, IS takder paper(apa-apa) dia memang macam tur…Lagi-lagi kalau dia tengah serabut and please jangan kacau nanti meletup laa dia.” Terang Dania memberi info mengenai Bell.

          “Ohhh…”

          Panjang ajukkan Amir. Membuatkan semua yang berada disitu tergelak-gelak dengan gelagatnya. Perjalanan mereka langsung tidak terasa jauh kerana asyik berbual di sepanjang jalan.

         

          “Girlz and Wakakah kita dah sampai. Hope all of you love this place and enjoy your self before we meet again at 6 o’clock at café. Please don’t be late. Jaa mata(jumpa lagi).” Onizuka mengajar perkataan baru kepada mereka.

         

          “Wah!”

          “Wow!”

          “It is amazing!”

 

          Sorak Girlz terserlah keceriaan diwajah mereka, melihat hotel yang tersergam indah dikawasan bandaraya Tokyo.  Mereka melangkah pergi meninggalkan Bell dengan beg dibonet kereta.

         

          “Best laa…Is jangan lupa beg kamu masih dibonet!” Laung mereka berempat serentak (Rienie, Diedie, Rina dan Dania).

          “STOP!” Jeritan Bell mamatikan langkah krewnya serta merta mereka terkaku dengan jeritan ala-ala puntianak meraung.

          “Tolong jaga maruah, jangan jadi anak KERA. Faham!” Bell menekan perkataan kera.

          “Sebagai hukuman sila bawa bersama kamu beg pakaian saya.Arrasso!” 

         

          Bell berlalu pergi meninggalkan krewnya didalam kesedihan.Terkumat-kamit mulut Dania seperti membaca jampi serapah mengajuk cakap Bell.

 

          “Nia, tak baik laa ko buat macam tu. Bikin tambah dosa jer… Bell juga yang untung dapat pahala…Hehehe…” Kata Diedie, sambil tersenyum sumbing.

          “Hallo! Korang tak geram ker dengan Ms Cold tak boleh laa kita nie nak happy go luki(lucky) cket, dia  mesti nak melenting.” Luah Dania.

          “Dah laa jom… mesti dia tengah tekanan perasaan tu…” Rina menenangkan perasaan rakan-rakannya.

No comments:

Post a Comment