K!P@$ $u$@H H@t!

Tuesday, October 26, 2010

Wonderfull Life

BAB 6

          Bell yang agak lewat mencari teman-temannya didalam cafe, segera menlangkah menuju ke meja yang disediakan sambil melemparkan senyuman semanis madu dan melambai-lambai tangan kearah Girlz. Namun sebaik sahaja terpandang muka krew Wakakah musuh utamanya serta merta senyuman semanis gula Prai yang terukir dibibir mati.

          Rienie yang lama telah duduk menunggu Bell dimeja makan bersama Girlz menegur Bell membuat muka keliru. “Bell, mana kamu ghaib?? Kena sorok antu(hantu) ya??

          Dania yang sedang menikmati minum petang pula menyampuk sama sementara menunggu Onizuka. “Lama ko hilangkan diri, Bell Aku ingat ko kena kidnap dengan mana-mana cowok(lelaki) Jepun. Hehehe... ”  Daniea menunjukkan tanda peace ke arah Bell sebagai tanda berdamai.

Bell memberi peringatan kepada mereka serta menghadiahkan jelingan maut kerana ingkar arahannya, tetapi nada suara masih dikekalkan slow tone takut didengari oleh orang keliling. “Apa dah jadi? Dah lupa dengan arahan saya? I am IS okey.”

          Tepat jam enam petang Onizuka melangkah masuk ke cafe bersama pembantunya Cathrine. Dia melangkah masuk dengan penuh berkarisma  menuju ke tempat yang disediakan untuk memberi penerangan, penampilannya petang itu kelihatan segak mengenakan kemeja warna biru laut jenama ‘Polo’ berjaya mencuri perhatian Bell. Dia memulakan bicara dengan memberi penerangan tentang pantang larang semasa pertandingan  yang dianjurkan oleh ‘Rebdull’, perkara yang paling asas wajib dipatuhi oleh semua krew berkenaan dengan ketepatan masa program dan TIDAK boleh menyertai mana-mana ‘street dance’ yang belansung di Tokyo, disepanjang  tempoh pertandingan ‘Asian Dance Competition’ atau singkatannya ADC. Seterusnya untuk program keesokkan hari Cathrine atau lebih dikenali sebagai Ms Cath memberi penerangan.

Catherine mengambil alih tempat Onizuka, dia kelihatan langsing berpakaian serba putih kemeja dan seluar slack,kasutnya tinggi dua inci menambahkan lagi ketinggiannya yang  sedia tinggi. Dengan suara yang lembut dia memberi penerangan. Krew-krew yang mengikuti ADC kusyuk mendengar penerangan yang diberi oleh Onizuka dan Catherine.

“Satu hari latihan dari pukul enam pagi sehingga dua petang tanpa henti, kamu semua dikehendaki belajar membuat tarian pembukaan tiada yang terkecuali. Disamping itu, kamu juga perlu membuat satu persembahan untuk memperkenalkan krew masing-masing. Pada pukul empat petang sehingga jam enam petang kamu perlu membuat raptai penuh dan di make-up sehingga jam tujuh malam. Acara pembukaan ADC akan bermula jam lapan malam. Any question?” Catherine memandang muka krew ADC.

Semua krew menggeleng-geleng kepala menandakan tiada soalan yang akan diutarakan.

          Catherine berkata lagi sebelum belalu meninggalkan cafe.“Bagus, kalau tiada soalan. Kamu semua boleh bersurai, sekiranya ada apa-apa masalah boleh hubungi saya atau Onizuka. Jangan malu-malu, Thank you for your coperation.

          Keadaan cafe kembali menjadi pasar malam, kelihatan semua krew sibuk berbincang mengenai persediaan hari esok. Terdapat juga krew yang mula berkenalan sesama sendiri, Bell Cuma menjadi pemerhati bebas, dia tidak berminat dengan perkara seperti itu. Sedari tadi dia hanya memerhatikan gelagat krewnya yang tidak berhenti-henti menjamah makanan sedari mula-mula mereka melangkah masuk ke cafe. Bell nyata panas hati melontar soalan cepu emas kepada mereka.

          “Amoi, tanggachi, nyonya dan nanny, tolong beradap sopan cket(sikit) boleh? Kita datang sini untuk bertanding bukan melantak(makan dengan gelojoh) a.k.a ternak lemak. Sebagai hukuman korang melanggar titah perintah duli yang maha mulia a.k.a pantang larang atuk nenek aku, hukumannya seperti biasa. Tiada bantahan.”

          Girlz yang faham dengan maksud Bell segera mempamer riak tidak puas hati. Dania terlebih dahulu membantah hukuman yang dikenakan kepada mereka dengan suara yang sedikit bengang sebagai tanda protes.

            “Is, kami bukan robot, penat laa... Ko tak rasa ke kaki kami nie dah macam nak tercabut. Kalau kaki kau tak terasa tak tau pula aku...”

          Dengan muka selamba Bell tetap tegas dengan pendiriannya, jika hitam maka hitam lah yang perlu dilakukan oleh mereka.

          “No! Kuasa tiga. Maknanya tidak boleh ada sebarang alasan, korang yang terlebih cantik ni dah terlebih rehat enam jam jadi jangan banyak songeh! Dengan segala hormatnya Arrasso!”

          Lain yang dikata lain pula yang difikirkan Bell. ‘Latihan hari nie...Hrmmmm...Boleh ke?? Aku dah kekeringan idea...Serabut otak aku memikirkan budak-budak nie...Tapi sekali sekala dapat tengok muka cincorot(tikus) free seronok gak(juga)... Padan muka korang makan lagi banyak-banyak.Hehehe...suka aku...’

          Begitulah sikap Bell yang suka menyakat krewnya. Bell segera berlalu meninggalkan mereka yang masih marah dengannya, dia sengaja menahan tawa takut-takut dapat dikesan oleh mereka yang dia cuma mengugut tanpa perlu mereka melakukan latihan. Diedie masih kecut perut dengan reaksi Ms Cold itu memujuk Dania supaya memujuk Ms Cold membatalkan sesi latihan mereka. Dengan muka kasihan dia berkata.

          “Dania, gi(pergi) pujuk Ms Cold... Letih laa...”

         
          Rina dan Rienie hanya menyokong. Dania mempamer riak muka malas layan, tiada perasaan dia ingin bercakap dengan Bell kerana dia pasti tidak akan dilayan seperti sebentar tadi lagi-lagi apabila Bell menggunakan ayat-ayat kejamnya kesukaannya titah perintah duli yang maha muliaapabila dia mula bertindak kejam, pekara inilah yang membuat lutut Dania bergegar kalau nak pujuk Bell.

          “Ishq, aku pula. Apa kata kita follow me’ ja angin dia? Korang tak nampak ke angin puting beliung kat mata dia?”

          Kesemua mereka mengeluh mendengar kata-kata yang baru dimuntahkan dari Dania, raut wajah krew Girlz bertambah keruh seperti air sungai selepas hujan.



          Disuatu sudut cafe, krew Wakakah berkumpul sambil menikmati makan malam, Syam memberi usul kepada Haiccarl dengan muka bersahaja dia menegur.
         
          “Carl, ko tolong ajak boss Girlz keluar...Boleh laa kami semua usha yang lain”
         
          Haiccarl menarik muka empat belas dengan renungan tajam membalas pandangan kearah Syam dia membalas kata Syam setelah itu segera dia berlalu.

          “Jangan mengarut, banyak lagi hal lain aku nak buat! Korang nak enjoy pandai-pandailah...SMI(Sendiri Mau Ingat)...”

          Ayat pedas dari Haiccarl mematikan hasrat Syam serta krewnya yang lain. Haiccarl berlalu meninggalkan mereka yang masih terkulat-kulat mendengar jawapan daripadanya.


          Sementara krew Grilz sibuk memikirkan cara untuk memujuk Ms Cold, Bell segera bertemu Onizuka meminta kebenaran untuk keluar bersiar-siar dibandar Tokyo. Bell melunakkan suaranya agar tampak profesional dimata Onizuka.
          “Mr Oni, Boleh kami bersiar-siar?”

          Onizuka berfikir sebentar sebelum memberi kebenaran kepada Bell yang mewakili semua krew yang berminat untuk berjalan-jalan diluar.
Kamu semua boleh keluar tapi ingat pesanan Miss Cath, jangan kamu buat hal. Faham!

          Bell melangkah dengan muka yang serius menuju kearah Girlz yang masih duduk dimeja makan dengan perasaan gelisah menggelabah tidak sabara rasanya Bell ingin mengenakan krewnya.
Apa tunggu lagi cepat jalan! Mr Oni dah beri kebenaran.

          Terkejut mereka dengan reaksi Bell yang begitu teruja nak berlatih, segera mereka bangun menuju ke bilik hotel menyalin pakaian. Tanpa disangka-sangka Bell mengetawakan mereka.
          Hahaha...Tak nak buat latihan laa nak gi jalan-jalan ngan romeo hensom.Peace! GTG! (Got To GO)

          Bell melangkah lemah gemalai ala-ala model berjalan catwalk menuju ke meja Wakakah, serta merta mata Girlz buntang melihat telatah Bell yang tidak disangka-sangka.

2 comments:

  1. kak yana...
    smbungannye cpt...
    hehe

    ReplyDelete
  2. Giler kentang... Dah nak siap ari nie atau esol post...

    ReplyDelete