K!P@$ $u$@H H@t!

Thursday, December 2, 2010

Anugerah Terindah

*Kisah diambil dari realiti kehidupan seorang gadis muda yang bergelar isteri kepada seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan. Barang sesiapa ada komen untuk gadis ini jangan segan silu untuk meninggalkan komen anda disini.*

PROLOG


Malam yang kelam, Aku dan Adam merupakan pasangan suami isteri, Kami telah berkahwin tiga tahun lalu kerana anak kami bersatu dan kerana kebodohan aku, tapi aku tak minta Adam bertanggung jawab… Aku tak pernah memaksa Adam untuk menukar agama TIDAK pernah sekali pun aku meninggi suara setelah aku bergelar isteri tapi kenapa keadaan berubah setelah Adam berjumpa geng satu negeri??? Malam itu, kami bertengkar gara-gara Adam tidak lagi mahu menghormati agama yang dianutinya ‘Islam’, Adam mula kembali meminum minuman keras. Baunya sungguh meloyakan isi perutku, lantas aku segera bertanya kepadanya.


“Adam, kamu minum ke?? Kenapa kamu berubah Adam??? Adam tak sayang Mimi ngan anak ke?? Adam kenapa Adam?? Mimi sedih Adam berubah, Adam kenapa Adam balik perangai lama Adam?? Kenapa Adam Minum Arak??? Adam suka jatuhkan taraf Mimi sebagai isteri Adam… Adam tak malu ke??” Aku menyoal Adam, air mataku mula membasahi pipi kakiku terasa lemah untuk berdiri. Walaupun Adam belum memberi jawapan aku tahu yang Adam minum minuman itu kerana bau nafasnya yang bisa meloyakkan tekakku.

“Diamlah kamu! Bising!” Kata Adam, sambil menolak kepalaku ke dinding.

“Adam, sakit Adam… Kenapa kamu seksa Mimi?? Kamu tak sayang Mimi lagi ker??” Mimi kembali menyoal Adam dengan air mata berlinang.

“Papa! Papa! Jangan buat mama. Jangan! Jangan!” Suara halus Aidil kedengaran ditelingaku.

Anakku Aidil Haikal, memujuk bapanya yang mula bertindak gila memukul aku tanpa perasaan belas kasihan. Merintih hatiku melihat anak sekecil Aidil bisa memahami apa yang telah dilakukan oleh bapanya. Adam bagai tersedar dari igauannya dia segera meninggalkan aku dan Aidil, dia segera mencapai kunci motor dan keluar dari rumah, tinggalah aku dan Aidil.


Malam aku rasa lambat berlalu, badanku lebam-lebam dipukul Adam mujur anakku selamat. Aku sayangkan Adam kerana dia pandai menjaga anak dan keluargaku tapi aku padanya seperti musuh yang harus dihapuskan, aku tidak mengerti kenapa dia sanggup mendera mental dan fizikalku sehingga aku menjadi takut untuk bercerita kepada siapa ingin ku luahkan perasaanku ini. Tidak mungkin aku sebagai seorang isteri sanggup menceritakan keburukkan suamiku kepada orang ramai, mana mungkin aku bercerita kepada keluargaku kerana pada mereka Adam adalah yang terbaik untukku kerana dia berjaya mengubah cara hidupku yang telah terpesong jauh dari landasan agama, tidak juga kepada mertuaku kerana mereka juga tidak pernahku temui sepanjang tempoh perkahwinan aku dan Adam, jika mereka menalifon Adam mereka pasti tidak mahu bercakap denganku. Mungkin ini adalah balasan untukku yang selalu mengingkari nasihat kedua orang tuaku dan perintah agamaku.

2 comments:

  1. tabahkan hati..teruskan menulis kisah2 yg boleh memberi pengajaran kepada anak2 muda yg ingin berumah tangga serta jalan keluar kepada masalah yg di hadapi. bck to islam value..

    ReplyDelete
  2. meEvo said: pendek sgt cternye... kalo pnjgkan cket agi bes =)

    ReplyDelete