K!P@$ $u$@H H@t!

Friday, October 29, 2010

Wonderfull Life


BAB 7

          Girlz sibuk memikirkan apa yang bakal berlaku setelah Miss Cold bertemu dengan Wakakah, tidak disangka-sangka Bell melencong meninggalkan Wakakah, semua krew Girlz yang tinggal didalam cafe termanggu-manggu dengan tindakkan Miss Cold. Sekali lagi mulut mereka melopong luas boleh masuk lalat yang terbang. Bell menghantar pesanan ringkas melalui Blackberry Storm 2 kepada Tomoko supaya bertemu dengannya dilobi jam lapan malam.
          Tom, jumpa saya dilobi jam lapan malam. I need your help please.

Pesanan ringkas Bell masuk ke dalam handphone milik Tomoko model Sony Ericsson, bergegar handphone disebabkan Tomoko tiada disisi handphonenya maka Tanaka bertindak membalas massage Tomoko. Bell dengan pantas masuk ke dalam bilik menyiapkan diri untuk bertemu Tomoko jam lapan malam. Rambutnya disanggul bulat, Bell mengenakan sedikit bedak asas supaya tidak kelihatan pucat seperti mayat. Bell lengkap berpakaian serta berdandan segera menggapai beg galas dan melangkah keluar menuju ke lobi.

          Tanaka yang telah lama menanti Bell dilobi terpukau melihat Bell yang anggun mengenakan jeans hitam, tube pink serta jaket denim mata Tanaka tidak berkelip walau seminit pun. Bell mencari-cari kelibat Tomoko yang telah berjanji menemaninya mencari ilham tetapi bayang Tomoko pun tidak kelihatan. Lain yang ditunggu lain pula yang muncul, mata Bell tertumpu kearah lelaki yang ditolak masuk ke dalam kolam tanpa sengaja. Sedang Bell berfikir untuk meminta maaf daripada lelaki itu, Bell disapa oleh seseorang yang menjadi musuhnya.

          Haiccarl dengan muka selamba berjalan mendekati Bell, Haiccarl memerhatinya dari atas ke bawah sebelum bertindak menegurnya dengan kedua-dua belah tangan dimasukkan kedalam poket. “Is, cantik malam nie nak ke mana? Boleh saya ikut?” Haiccarl berasa loya tekaknya selepas dia berkata begitu.

          Bell menarik nafas panjang sebelum mengadap muka Haiccarl dengan senyuman plastik yang dipamerkan serta menjawab soalan daripada Haiccarl. Hey Mr. Kalau i nak pergi mana-mana pun apa you kesah? I am not your wife okey and if your krew ask you do this, so please MOVED away! Sebab saya takkan membenarkan krew saya datting dengan krew awak. JANGAN HARAP!!!Nada suara Bell boleh membuat orang meluat dengan sikapnya.

          Haiccarl tersirap mendengar pengakuan berani mati Bell, orang tak hendak aku lagi tak hingin. Niat Haiccarl untuk membantu romeo malaya terbantut, segera Haiccarl mengiggalkan Bell. Bell pula yang terkulat-kulat melihat reaksi lelaki itu, yang tidak disangka-sangka. Disebabkan kesibukkan Bell yang melampau Bell terlupa akan putera hatinya Ermi yang jauh di Malaysia. Ermi juga sudah jarang menghubunginya.

         
          Penat Bell menunggu, Tomoko masih tidah muncul-muncul Bell memasang MP3 dan melangkah kaki menuju ke arah kolam renang untuk menenangkan fikiran yang kusut sekali gus mencari ilham. Diam-diam Bell diekori oleh Tanaka yang sememangnya sedang menunggu kedatangan Bell ke kolam renang. Keadaan kolam yang gelap memudahkan Haiccarl mengekori pergerakkan Bell dan Tanaka, Haiccarl menyedari renungan buaya tembaga Tanaka kerana itu Haiccarl membuntuti mereka. Haiccarl bagai ada deria keenam dapat menghidu sesuatu yang buruk bakal terjadi. Bell terasa seperti ada yang mengekorinya segera berpusing ke belakang, didalam kesamaran cahaya bulan Bell pasti seseorang yang tidak dikenali mengekorinya. Tanaka kaget melihat reaksi Bell berteriak lantang. Isabella Martinez!!!

          Bell tidak mengecam suara milik Tanaka segera memikirkan langkah karate yang dipelajarinya, belum sempat Bell membuka langkah kedengaran bunyi muzik. Bell menjadi terpinga-pinga. Haiccarl cuma menjadi pemerhati tidak bertauliah pandangannya dihalakan kepada Tanaka. Ketika itu cahaya bulan memenuhi ruang angkasa menyinari muka Tanaka, Sedarlah Bell, Tanaka telah mengekorinya sedari tadi secara diam-diam. Tetapi Bell masih tidak sedar Haiccarl turut berada ditepi kolam.

          Bell geram kerana telah ditipu oleh Tomoko bertindak tegas menyoal Tanaka dengan gigi yang diketap mukanya juga bertukar merah menahan marah. Mana Tom?? Apa kamu buat disini?
          Tanaka bertindak menenangkan perasaan Bell. Isabella relax...Chilled... I just nak tolong you.
          Tanaka, dengar sini I tak suka dengan apa yang you cuba buat faham! Jangan memaksa kalau orang tak nak.” Bell berkata dalam nada yang tegas dan membuat muka meluat melihat muka Tanaka. Bell ingin melangkah pergi meninggalkan Tanaka belum sempat dia berbuat begitu tangannya disambar oleh Tanaka.

          Haiccarl yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati bebas, cepat-cepat berjalan menghampiri Tanaka dan Bell. Walaupun dia masih merasa meluat dengan sikap Bell namun dia masih punya hati nurani ingin membantu mahluk didalam kesusahan. Haiccarl mempamer senyuman manis gula melaka ke arah Bell. Bell kehilangan kata-kata takala terpandang senyuman Haiccarl.
          Darling, ada apa ni? Siapa lelaki ni?” Bell rasa macam nak muntah mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Haiccarl, geli geleman tekaknya. Tapi mujurlah Haiccarl datang menyelamatkannya dari mahluk durjana. Terhutang budi pula jangan tergadai body sudah. Naya aku nanti.Fikir Bell.
          Bell pantas memaut lengan Haiccarl berlalu meninggalkan Tanaka sendirian. Mereka berjalan menuju ke lobi, sampai sahaja di pintu masuk Bell melepaskan pautan tangan Haiccarl. Bell berasa sebak kerana musuhnya masih sanggup membantunya sewaktu dia didalam kesusahan. Thank you, you dah menyelamatkan saya dari mahluk perosak. Thanks a lot.
          Haiccarl mendekati Bell meminta penjelasan darinya. Is, siapa dia? Apa you buat dalam gelap tepi kolam?
          Bell mengeluh, soalan yang ditanya memang sudah dijangka pasti Haiccarl melabel dia sebagai perempuan gedik namun dia tetap menceritakan perkara yang sebenarnya kepada penyelamatnya Haiccarl.
          Tanaka abang Tomoko, I sepatutnya bertemu Tomoko tak sangka pula buaya tembaga yang muncul. Lain yang I tunggu lain yang muncul.
          Dah tu, kenapa you boleh pergi tepi kolam kalau tau Tomoko tak datang?!” Haiccarl sengaja mencari pasal dengan Bell.
          Hey! Yang ko nie nak sibuk-sibuk kenapa? Ko laki aku ka?” Bell berasa amat marah dengan reaksi Haiccarl yang lebih-lebih.

          Bell menarik nafas melepaskan semua rasa amarah keluar. Carl, I tak berniat nak buat you marah, I am sorry pasal kejadian I mandikan you dengan jus dalam flight. I am so sorry about just now you save me thanks a lot. I got to go, bye.Bell ingin segera pergi dia paling benci apabila tahap kemarahannya sukar dikawal.

          Haiccarl berasa pelik dengan tingkah laku Bell daripada gelaran Miss Clumsy dia memberi nama Miss Freaky kepada Bell.Lain yang difikirkan Haiccarl lain pula yang diucapkan.
Dah lupakan jaa pasal semua kejadian tu lagi pun saya dah lama maafkan awak, jaket tu dah masuk dobi, jadi lupakan sahaja.
          Bell Berasa hairan kenapa mamat seorang ni mudah untuk memaafkannya. Dengan takut-takut Bell menyoal Haiccarl. Comfirm you maafkan saya.
          “Yup!” Hanya sepatah kata yang keluar dari bibir Haiccarl, sempat dia menghadiahkan senyuman manis, yang mampu mencairkan hati gadis yang melihatnya. Bell membalas senyuman dan segera dia berlalu sambil memasang kembali MP3 ke telinga tanpa di sedari , dia  masih diawasi oleh si jejaka bernama Daniel Haiccarl. Bell berjalan sambil mendengar MP3 sambil menari dam menyanyi-nyanyi mengikut rentak lagu kesukaannya. Haiccarl yang sedari tadi mengekorinya curi-curi mengambil gambar aksi Bell yang menawan hatinya.
         
          Malam itu, Bell pulang agak lewat kerana teruja dengan keunikkan bandaraya Tokyo sambil menikmati keindahan malam yang dingin. Rienie yang menyedari kehadiran Bell menegurnya dengan sura serak-serak basah. “Bell baru balik?”
          Bell yang keletihan membaringkan diri diatas tilam empuk, letih kakinya berjalan. Dia membalas kata Rienie dengan suara yang lemah. “I jalan-jalan amik angin.”
          Rina yang terdengar perbualan Bell dan Rienie segera menyampuk walaupun dia mengantuk. “Tadi tomoko cari kamu Bell. Kamu tak keluar dengan Tomoko ke??”
          Bell yang telah melelapkan mata tidak segera menjawap, dia berpusing ke kiri mengadap Rina dan Rienie sebelum menyuruh mereka segera tidur. “Berhenti bercakap I nak tidur.”


          Haiccarl  ditegur oleh Amir , dengan muka selamba badak Amir menyoal. “Carl kenapa ko senyum-senyum? Baru jual minyak urut ke??”
          Haiccarl menunjukkan muka malas sambil mulutnya menguap tanda mengantuk dan letih tahap gaban. “Romeo takda apa.”
          Syah hairan melihat ketuanya itu, setahu mereka ketua mereka bukan kaki rayap melainkan ada sesuatu yang menjadi perhatiannya. “Mana boleh ko mesti ada somebody yang ko follow betul tak? Kalau tidak kenapa ko balik lewat?”
          “Nothing!” Kata Haiccarl.
          Syam masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima daripada Haiccarl. Dia mula menyakat ketuanya. “Carl apa kata esok aku ajak Bell keluar pula?”
          Haiccarl malas melayan krewnya yang sudah mula merepek segera membalas kata-kata Syam. “Ajaklah siapa larang? Aku nak turu (tidur).”

No comments:

Post a Comment