K!P@$ $u$@H H@t!

Tuesday, October 19, 2010

Wonderfull Life


BAB 5

          Haiccarl  memerhatikan Amir yang sedari tadi asyik memandang kearah  krew Girlz bagai nak terkeluar biji mata, segera Haiccarl mendekati Amir dan menegurnya setelah krew Girlz berlalu pergi menuju ke kaunter pendaftaran untuk check in.

          “Bro, jauh menung… Tembus laa hotel nie…Apa ko tengok??!!” Soal Haiccarl dengan kening dijungkit.
Sambil membuat muka perasan hensom Amir berkata. “Hehehe…Takder apa, aku usha budak IS tu comel cara dia marah macam citer Korea tu… Yoo-hee the witch memang best… Layan…Bak kata Fafau(Farah Fauzana)…Kalau laa dia jadi aweks aku semestinya aku laa jejaka terhebat di Malaya…”

Haiccarl menyakat Amir yang digelar romeo  dikalangan rakan-rakan mereka mempamerkan riak geli geleman diwajahnya. “Dah romeo toksah perasaan(perasan) terlebih…Minah tu takde paper(apa-apa) ko yang lebih-lebih...Geli aku.Jom masuk, ko nak jadi pak guard tak bergaji ke??”

Selesai mendaftar dikaunter masuk mereka membawa beg masing- masing menuju ke bilik yang disediakan untuk berehat. Haiccarl berjalan kearah Syam dan menyerahkan beg pakaian bewarna silver miliknya kepada Syam.

“Syam tolong aku bawa beg aku sekali, aku nak pi makan lapaq siot…Dah berlagu keroncong ni.”

Haiccarl meminta tolong Syam, sengaja dia menggunakkan alasan itu untuk mencari IS a.k.a perempuan sombong. Syam segera berlalu membawa beg milik Haiccarl menuju ke bilik hotel untuk berehat badannya dah terasa letih yang teramat sangat.


Bell berjalan-jalan dikolam renang menenangkan fikiran sambil mendengar MP3. Dia mengeluh kebosanan kerana tiada lagu baru yang dapat dijadikan inspirasi untuk mereka gerak tari baru, otaknya tepu kerana semua lagu yang didengari tidak dapat memberi inpak pada gerak tarian yang direka.

“Huh!!” Bell melepaskan keluhan.
Tomoko berdiri dibelakang Bell seraya menjerit nama Issabella Martinez, “Bell!”

Bell yang leka tidak mendengar teriakkan Tomoko kerana earphone CX680 Adidas Ean-Canal Headphones masih melekat ditelinganya. Tomoko berlari kearah Bell dan menepuk bahunya, Bell yang terperanjat terus menolak lelaki dihadapannya menyebabkan lelaki itu jatuh ke dalam kolam renang sedalam lima meter dengan berpakaian pejabat. Lelaki itu cuba keluar dari kolam renang, berdiri sahaja dia di tepi kolam dengan pakaian yang telah basah kuyup dia memandang kearah dua insan yang menyebabkan dia terjatuh. Bell berpusing kebelakang melihat siapakah gerangan manusia yang menyebabkan dia menolak seorang mahluk kedalam kolam, sungguh dia terkejut melihat Tomoko dihadapannya.

Tomoko segera manarik tangan Bell, tanpa sempat Bell berfikir dengan akal yang waras dan mereka berlari sepantas kilat menuju kearah café sejurus selepas Bell menolak abangnya kedalam kolam renang.

“Oppsss..! Bell capat lari!”

Haiccarl yang mencari Bell menyaksikan kejadian itu, dia hanya mampu menggeleng-geleng kepalanya. Dengan sepantas kilat dia berjalan ke arah café, perutnya yang belum berisi menyanyi lagu keroncong.

Tomoko duduk bertentang dengan Bell didalam café sambil menikmati air kopi dan sedikit kek yang disediakan oleh pelayan, bertanya kepada Bell “Apa you buat kat sini. Please story me.”

Tomoko anak kelahiran Jepun kacukkan Korea merupakan anak kedua dalam keluarga,dia bakal mewarisi perniagaan perhotelan milik keluarganya. Dua bulan lepas,dia bertemu dengan Bell masih terbayang-bayang diruang matanya bagaimana Bell telah mengalahkan dia didalam kejohanan Karate sedunia di US championship. Setelah itu tiada khabar berita dari Bell, tiba-tiba Bell muncul didepan matanya bagaimana dia tidak terkejut seperti termampak hantu.

Bell tercungap-cungap menarik nafas, penat sungguh dia berlari kalah pelari pecut semua ini gara-gara Tomoko menarik tangannya supaya ikut berlari tanpa sebarang amaran. Riak muka Bell yang kemerah-merahan menahan marah dan tidak puas hati jelas terpamer diwajahnnya yang putih melepak.
“Tom, teruk laa awak ni. Penat saya berlari laju macam kena kejar hantu. Kesian kat budak yang i tolak dalam kolam tu mesti bos dia maki(marah) teruk-teruk.Tak baik tau buat orang terkejut nasib baik I takda lemah jantung kalau tak dah KO(mati) kat situ.”

Tomoko yang sedang menikmati sesudu kek buat tidak kisah sambil membuat muka tidak bersalah kerana telah menarik tangan Bell dan membawanya berlari ke café walaupun Bell jelas mempamerkan riak muka tidak puas hati terhadapnya.
“Bell teruklah you ni, saya menyelamatkan awak dari dengar ceramah radio karat awak marah saya pula. That guy yang tak berapa nak macho tu my…” Sengaja Tomoko menggantung ayatnya membuat Bell tertanya-tanya.

Bell yang agak terkejut dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Tomoko berasa teruja kerana Tomoko menggantung ayatnya. Dia mengenyit mata nakal sambil berkata sesuatu kepada Tomoko.
Hey you’re what aa?? Haa boyfriend ko yer, cakap jer laa malu lah tur…”

Tomoko yang terkejut dengan tekaan Bell terjerit kecil. “Oit tolong banyak-banyak cket(sikit) boyfriend? Sorry takda masa. Itu abang aku laa Tanaka.”

Bell berasa tertipu dengan ayat Tomoko membuat reaksi  ala-ala perempuan gedik. “So maknanya you tipu I laa ni… Saja-ja buat orang suspens, teruk laa you nie… Kalau tau tadi I tunggu situ boleh menggedik dengan dia. Hehehe…” Bell menyakat Tomoko.

Tomoko hanya tergelak sakan ketika Bell membuat reaksi sebegitu serta merta dia menasihati Bell. “Tok sah nak menggedik dengan abang I tu… And please don’t  do that kind of lookSo ugly, tapi Bell mungcung cincorot (tikus) tu memang sesuai dengan kamu.Hahaha…”

Mereka akhirnya tergelak-gelak bersama dengan lawak yang tak berapa menjadi direka oleh Tomoko.Tomoko kembali menyoal Bell apabila soalan yang diutarakan sebentar tadi tidak mendapat jawapan daripada Bell.

Bell, apa sebenarnya yang you buat kat sini?? Takda angin. Ribut, petir, putting-beliung dan sewaktu dengannya tiba-tiba you muncul depan I. Nasib baik I ni takda lemah jantung kalau tidak mau terkaku I kat situ jadi patung.Hehe…”

Bell hanya tersenyum melihat telatah Tomoko, dia juga dah menjangkakan soalan itu pasti akan ditanya kembali oleh Tomoko, sahabatnya itu kelihatan matang dari usianya walaupun kadang kala bila mereka bersama terkeluar kenakalan yang bersifat keanak-anakkan kerana Tomoko juga seperti dirinya perlu menguruskan perniagaan keluarga yang semangnya bukan hobi mereka.
“Tom, the best part I masuk ‘ Asia dance competition’ mewakili kolej I.”

Tomoko terkejut dengan kenyataan yang baru dikeluarkan oleh Bell mukanya jelas terpamer riak seperti orang terserempak hantu.
 Bell, awak nie gila ke?? atau hantu pertandingan??” Kata Tomoko sambil menampar-nampar pipi Bell yang cubby.

Bell hairan dengan reaksi Tomoko. Pantas dia menyoal Tomoko, “Kenapa?”

Tomoko memberi penjelasan agak munasabah kepada Bell mengingatkan dia tentang kejadian dua bulan lepas.
“Kay(okey) for your info dua bulan lepas baru je you Miss Isabella Martinez kalahkan I Tomoko Maruyama dalam kejohanan karate di US. Awak dah lupa ke?? And now you nak bertanding lagi? Kalau mama dan papa awak tak risau saya tolong risaukan.”

Bell memaklumkan kepada Tomoko yang dia didalam persembunyian daripada keluarga Martinez untuk menghilangkan jejak kaki dia telah menyamar menggunakan nama IS.
“Tom tolong panggil I ISokey, I perlu menyorok dari keluarga I risau nanti kena balik sebelum bertanding laa…” Bell mempamer riak muka kesian dihadapan Tomoko.

Tomoko memberi persetujuan. Setelah mendengar alasan daripada Bell. Mereka berjabat tangan tanda tidak akan mungkir janji menggunakkan nama Bell sepanjang tempoh persembunyian Bell. “Deal”

Bell dan Tomoko berborak sakan hingga lupa masa berjalan dengan pantas. Bell yang baru tersedar segera bertanya waktu di Tokyo jam berapa kerana dia tidak boleh terlewat untuk perjumpaan pertama.
“Tom, pukul berapa sekarang?? Tom please laa stop membebel macam mak nenek comfirm kalau ada pertandingan membebel tak berhenti ko memang boleh menang, kalah nenek aku Elvira Martinez…Hahaha…”

Tomoko yang geram melihat gelagat Bell membuat muka cemberut berpura-pura merajuk. Bell memujuk Tomoko serta merta menukar reaksi teruja apabila terpandang Haiccarl yang sedang memerhatikan mereka. Dia mendapat idea memujuk Tomoko menggunakan nama Haiccarl serta merta dia bertindak menunjukkan Tomoko ke arah Haiccarl yang sedang duduk menikmati makan dimeja berhadapan dengan mereka.
 “Tom jangan laa tayang muka cincorot, tengah ada romeo hensom usha ko tu…”

Tomoko membuat reaksi kegelian sambil menjelir lidah kearah Bell. “Eiw…Not my taste!”

Bell masih lagi ingin menyakat Tomoko berkata “Mana tahu kawan-kawan dia taste ko?”

Tomoko segera menghentikan kata-kata Bell. “Bell, Stop it! Dah dekat pukul enam petang so tak reti-reti lagi nak blah? Lagi 15 minit.”

Bell yang risau akan berada lewat daripada waktu yang dijanjikan mempamerkan riak muka seperti kucing kehilangan anak.
 “Apa?! Tom and Jerry(gelaran Tom), mana café aku dah lewat nie! Ada taklimat!”

Tomoko segera menenangkan Bell sambil memberi kata-kata semangat. “Bell, ni bukan ka café tempat korang berkumpul kat depan kolam renang. Dah jangan menangis tak comel!” Tomoko menunjuk arah tempat yang perlu dituju Bell.

Bell terpandang Tanaka sedang berjalan menuju kearah mereka segera dia menyuruh Tomoko meninggalkannya secepat mungkin.
 “Tomoko, baik ko lari cepat… Ada orang nak ajak ko main kejar-kejar tu…”

Belum habis ayat Bell, suara Tanaka kedengaran memenuhi ruangan café. Tanaka menanggil adiknya dengan muka yang kemerah-merahan seperti udang bakar menahan perasaan amarah.
“TOMOKO!”

Tomoko segera berlari sebaik sahaja mendengar jeritan tanaka. Namun Tanaka betindak lebih pantas dengan menangkap pergelangan tangan adiknya, Tomoko. Tanaka memberi free lacture serta peringatan kepada adiknya supaya menjaga kelakuan ketika dihadapan public terutamanya dihadapan para pekerja mereka.

Tomoko yang sedang diberi ceramah free oleh Tanaka mencelah percakapan Tanaka dengan muka selamba. “Dah habis ceramah kamu?”

Tanaka pening kepala melihat telatah Tomoko yang berkelakuan seperti anak kecil yang perlu diajar beretika.Dia merenung Tomoko seketika sebelum membuat keputusan yang bakal merubah hidup adiknya.Selepas menarik nafas panjang dia berkata dalam nada tegas.
“Tom, Kamu didenda mengikuti kelas etika belajar beradap sopan. Faham! Kalau kamu buat begini lagi abang potong elaun kamu.”

Selesai sesi ceramah motivasi daripada Tanaka, Tomoko segera bertindak menghilangkan diri. Tomoko berfikir seketika tentang apa yang telah dilakukannya sebentar tadi. ‘Hehehe…Nasib baik si lems (lembap) tak tahu aku cross fingers… Ayat semanis gula konon, jangan harap. Selagi Bell masih di Tokyo nie laa aku nak buat hal dengan minah sorang tu baru syok main hide and sick dengan abang tak macho aku Tananka.Baru ada kelas.’ 

No comments:

Post a Comment