K!P@$ $u$@H H@t!

Thursday, October 14, 2010

Wonderfull Life

BAB 3

          Masa yang dinanti-nantikan oleh Wakakah & Girlz telah tiba kini mereka sedang menaiki pesawat yang sama menuju ke destinasi yang diimpikan, Tokyo. Secara kebetulan Bell dan Haiccarl duduk bersebelahan dan terpisah daripada krew yang lain. Sebelum persawat berlepas meninggalkan bumi Malaysia yang tercinta Bell memandang ke luar tingkap dan melambai-lambai tangan pada pemandangan diluar, dia berasa sedih untuk meninggalkan Malaysia. Kelakuan Bell menarik perhatian Haiccarl untuk memerhatinya.

          ‘Fuh seronoknya dapat duduk sebelah aweks cun, cute plaks tur...Aduh...Cair aku...Kalau lar aku boleh miliki hati dia....Ohhh..Alangkah bahagianya...’ Ayat ini Cuma berlegar-legar difikiran Haiccarl. Ingin ditegur dia tak berani takut dimarahi oleh tuan punya badan tak pasal-pasal nanti dia malu sendiri.

          ‘Hish, mamat nie apasal tengok-tengok aku…?? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan muka aku nie?? Semacam jer dia tengok aku…Baik aku tengok cermin, mana laa tau ada kesan kiss kat muka aku nie..Hehe..Saper plaks laa yang nak kiss aku yang comel nie..Huhu Perasannya..’ Segera Bell mencari cermin didalam beg dan mencermin mukanya. ‘Hrmm takda apa pon’ Dia bermonolog sendirian.

          Disepanjang perjalanan ke Tokyo selama 10 jam ke dua-dua umat manusia ini tidak bercakap sepatah haram; tiada rasa ingin beramah mesra yang ditonjolkan oleh mereka. Masing-masing hanya berdiam membatukan diri. Bagi Bell adalah azab sekiranya dia beramah mesra dengan lelaki, sebaliknya pada Haiccarl azab sekiranya dia terpaksa berdiam diri kerana dia seorang yang happy go lucky dan suka berkawan. Tetapi kali ini lidahnya kelu untuk beramah mesra dengan gadis disebelahnya.

          Seorang peramugari berjalan ke arah mereka sambil menolak troli berisi minumam kearah khusus buat penumpang penerbangan itu.

          “Mr and Ms would you like some drinks?? Coffee, Tea or Jus??” Soal peramugari tersebut dengan senyum menghiasi bibirnya yang munggil.
          “Jus,please.” Bell meminta denan sopan terserlah keayuaannya semasa bercakap dengan nada lembut. Terpukau Haiccarl melihatnya, matanya tidak berkelip memangdang Bell.
          “Mr which one does you need??” Soal Peramugari itu semula.
          “Hrmm…Tea.” Haiccarl yang baru tersedar dari lamunannya buat-buat berfikir sebelum meminta minuman tersebut.

          Peramugari tersebut menghulurkan air kepada Bell, entah bagaimana dimana silapnya pegangan Bell terlepas, gelas yang berisi air oren tertumpah diatas jaket Adidas berwarna putih yang dipakai oleh Haiccarl. Bell sangat terkejut dan tergamam, manakala jaket putih dan suci bersih milik Carl telah dicemari warna dan bau oren. Haiccarl yang terkejut kerana sekelip mata badannya terasa sejuk, dia terjerit kecil.
         
          ‘Ouch, what the hell are you doing!!!’

          Haiccarl memarahi Bell, mukanya Merah menahan marah. Bell hanya memandang dengan perasaan bersalah kerana telah mencemari jaket Haiccarl secara tidak sengaja. Manakala peramugari tersebut pula bertindak mengambil gelas dan menghulurkan tuala kecil kepada Haiccarl. Bell mula merapu didalam kekalutannya.

          “Shitsurei shimashita, i am so sorry, saya minta maaf.” Kata Bell berulang-ulang kali sambil memandang Haiccarl.

          ‘Fuuuhhhyyoooo…Hensom laa mamat nie...aduh malunya aku…Jatuh saham aku sebagai Isabella Martinez yang cool. Naper aku boleh jadi kalut macam nie?’ Bell menyoal dirinya sendiri tanpa berhenti meminta maaf dan memandang muka Haiccarl. Dia yang masih menatap wajah kacak Haiccarl perasan muka lelaki itu telah berubah warna.

          ‘Fuh…Naseb muka dia tukar merah buatnya bertukar hijau jadi Hulk Hogan mampos (mati) aku…’Fikir Bell.

          “It is okey. I am fine. Can you please stop say sorry i need a rest.Thank you.”

          Haiccarl meminta Bell untuk senyap. Dengan kasarnya Haiccarl menanggalkan jaket yang dipakainya dan meletakkan dibawah tempat duduk penumpang.

          ‘Nasib aku memang baik hari nie buatnya minah nie order air panas tadi melecur kulit aku. Nasib baik jugak laa aku takder aweks yang kalut macam nie, rimas! Harap muka jer lawa perangai hancus.. Kenapa aku sebok-sebok fikirkan dia??.’  Haiccarl menyoal dirinya sendiri. Dia kemudianya mengeluh sendirian.

          Bell hanya memandang Haiccarl dengan pandangan kosong. Sedarlah Bell yang Haiccarl masih marah dengannya. Dia bagaikan cacing kepanasan, gelisah tidak dapat melelapkan mata kerana duduk bersebelahan lelaki. ‘OMG (Oh My God) help me! Bell duduk atas bara nie! Panas!’  Bell merintih pada tuhan yang satu.

          Pada pendapat Haiccarl, Bell merupakan seorang yang gopoh , kalut, cuai dan sewaktu dengannya kerana kecuaiannya sebentar tadi. Haiccarl berpura-pura melelapkan mata kerana terlalu rimas dengan sikap Bell yang keanak-anakkan dengan mulut yang tidak berhenti-henti mengungkap kata-kata maaf.

          ‘Amendalah(apa benda), shitsurei shimashita, maaf kut’  Fikir Haiccarl dengan mata terpejam.
         
          Menyedari Haiccarl telah tertidur, Bell meneruskan tugasnya menjadi seorang pemikir, dia merenung keluar tingkap memikirkan apa yang bakal berlaku di Tokyo. Walaupun dia telah banyak menyertai pertandingan namun pertandingan yang bakal ditempuhi kali ini benar-benar menbuat jantungnya berdegup dua kali lebih pantas daripada biasa, mungkin kerana ini adalah kali pertama dia sendiri menjadi ketua pasukkan di peringkat antarabangsa tanpa ditemani oleh pensyarahnya. Mengingati gelagatnya sebentar tadi dia tersenyum sendirian memikirkan bagaimanalah dia boleh berkelakuan sebegitu, sesuatu yang mustahil berlaku kepada dirinya yang cukup perfect dimata rakan-rakannya.

          Haiccarl yang berpura-pura tidur membuka mata sedikit memerhati sekeliling. Dia tersenyum kecil bila melihat telatah Bell yang begitu asyik melihat keluar tingkap sambil tersenyum sendirian terserlah lesung pipit di pipi Bell ketika Bell tersenyum. Haiccarl lupa dengan apa yang pernah difikirkan tentang Bell. Tanpa disedari mukanya bertukar warna dan jantungnya berdegup tiga kali lebih pantas seperti pelari pecut yang menamatkan larian.

          ‘Apa yang berlaku nie, kenapa pula jantung aku, sakit ka aku nie??!!’Haiccarl menyoal dirinya sendiri. 

          Bell tidak perasan yang Haiccarl memerhatikannya kerana dia sedang melayan perasaan sendiri.

No comments:

Post a Comment