K!P@$ $u$@H H@t!

Wednesday, March 9, 2011

Ragam EcarL!!





Di dalam sebuah kedai menjual pakaian dan aksesori… Gelagat Haiccal yang berusia 3 tahun dengan Awex…

“Hai sapa nama adik??”
“Daniel…” Sambil tersipu, malu-malu Haiccal memberitahu namanya kepada promoter(gegirl).
“Siapa??” Promoter itu sengaja menyakatnya.
“Muhammad Daniel Haiccal!” Kata Haiccal dengan geram.
“Oooo…”
“Sape nama ayah…??” Kata promoter kepada Haiccal, bertanya tentang lelaki yang membawa Haiccal masuk bersamanya.
“Ismail…”
 “Tu siapa??” Promoter tersenyum, dia bertanya lagi… Sambil menunjuk ke arah lelaki yang datang bersamanya.
“Itu daddy saya laa…” Jawab Haiccal selamba tanpa rasa bersalah.
Promoter kehairanan… Dia mengurut-urut dagunya.
“Sapa nama dia?”
“Daniel!”
Sekali lagi Promoter kehairanan…

Sebenarnya nama Daniel adalah nama Haiccal dan juga nama bapanya… So memang Haiccal tak salah… Tapi siapa pula ayah?? Ayah tu atok Haiccal disebabkan dia seorang sahaja cucu dalam keluarga jadi semua orang dia panggil ikut status masing-masing.

No comments:

Post a Comment