K!P@$ $u$@H H@t!

Thursday, December 16, 2010

Giler

Giler… Setiap manusia punya kegilaan masing-masing… Tapi gila aku nie bukan giler meroyan or giler macam orang gila di tepi-tepi jalan… Kalau sesetengah orang hobinya mengumpul stem, pergi memancing, atau pergi bercuti bersama keluarga, aku pula lain satu-satunya hobi yang tidak dapat aku buang dari zaman sekolah rendah sampai laa skarang (dah jadi mak orang) mengumpul pen pelbagai warna dan koleksi… Tidak kira berapa harganya dari semahal-mahal pen sehingga kepada pen yang murah (even pen hotel pon jadi).

Hobi aku telah dikesan oleh ayah sewaktu usia aku menjangkau 12 tahun… Ayah memberi hadiah pensel warna jenama ‘Faber Castel’  beserta pen dan pensil jenama yang sama. Sungguh aku terharu ingatkan ayah lupa hari lahirku yang ke 12 tahun… TQ ayah untuk pemberian mu yang tidak seberapa ini…(Masa zaman aku jenama nie memang teramat popular dikalangan kawan-kawan sekelas.)



Tapi aku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari… Aku sanggup tak pakai pensil warna nie (sebab sayang) boleh pula adik aku pandai-pandai guna pensel warna yang ayah bagi memang kena makan sumpah seranah aku sepanjang minggu aku membebel tidak berhenti-henti (potpet-pokpek) mulutku bercakap tanpa mengira waktu . Saat paling menyayat hatiku apabila pen yang telah aku kumpul dari zaman aku menjadi penggemar stationery boleh hilang sekelip mata sebab tertinggal disekolah, balik rumah aku mencari selongkar bilik tak jumpa beg yang mengandungi alat tulis kegemaran ku. Aku segera memecut (naik basikal) laju menuju ke sekolah malangnya pintu pagar telah ditutup dan alat tulis telah hilang dari simpananku… Aku menangis pula tidak berhenti henti… Sungguh tragis sekali…


Hahaa… :) tapi kini hobi yang dulu menjadi kegilaan ku berjaya aku kurangkan sedikit setelah dakwat pen yang tersimpan didalam ketiga-tiga pensil box aku tidak habis habis… Inilah koleksi pen kegilaan aku (sebahagian daripada 3 box)… Saper yang takder pen JANGAN cuba-cuba rembat pen atas meja workstation aku, satgi kena sembur… (huhu)… Kalau nak pinjam boleh tapi minta kebenaran dulu…


 Perghhh… Kalau hadiah Bestday tahun depan dapat macam nie comfirm senyum lebar…





XIXI… Sekarang anak aku ‘Muhammad Daniel Haiccal” pula yang mewarisi kegilaan ini… So tak boleh nak mara-mara…

No comments:

Post a Comment