K!P@$ $u$@H H@t!

Thursday, December 30, 2010

Anugerah Terindah

BAB 3


Di Perak, aku menetap sementara dirumah keluargaku, saban hari aku dinasihatkan supaya berubah dan bertaubat tetapi segala nasihat yang diterima tidak aku endahkan, ibarat mencurah air ke daun keladi. Sedang aku leka menonton tv cerita kegemaranku ‘Jab We Met’ lakonan pelakon kesayanganku Shahid Kapoor, mak dan kak Siti datang melabuhkan punggung disebelah. Aku hanya menoleh sekilas sebelum kembali menatap wajah hero kesayangan.

“Kak Lang, berubah dan bawa-bawa bertaubat sampai bila kamu tak nak bersolat? Kamu perlu sedar anak yang kamu kandung TIDAK sah taraf, takut-takut nanti semua benda yang buruk cepat dia belajar. Jadi sebelum terlambat cepat-cepat kamu bertaubat.”
“Mak, takda maknanya bercakap dengan budak keras kepala nie. Mak sibuk-sibuk nasihatkan dia, bukan dia nak dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”
“Ishq, budak bertuah nie, kita dok nasihatkan adik dia, dia pula yang bangkang, bukan nak tolong sama.”
“Mak, tengoklah anak mak yang kurang asam gelugor tur, mak dok nasihat kat dia, tapi mata dia dok melekat kat tv tu… Macam mana nak dengar?!”
“Mak dengan kak Siti boleh tolong diam sikit tak? Kalau nak berceramah pergi masjid! Orang tengah layan cerita, masa tur laa nak bagi ‘free lecture’! ”
“Kak lang, kamu nie sengaja tak nak dengar nasihat mak… Ingat kak lang satu hari nanti kalau anak kamu buat perangai macam apa yang kamu buat pada mak dan abah baru kamu tahu langit tinggi ke rendah! Bukan mak mendoakan benda tak baik untuk anak-anak mak, tapi ingat sekarang Allah S.W.T bayar ‘cash’, hutang-hutang tak main!”
“Mak, udah-udah laa penat telinga kak lang dengar celoteh mak, nak meleleh taik telinga kak lang, mak. Hari-hari mak jadi radio karat, tak penat ke mak?”
“Ya Allah, budak bertuah nie, mengucap!. Makin mak menasihatkan kamu, makin kamu buat mak tension. Sakit kepala mak dengan perangai kamu nie dah buat dosa tapi masih tak serik-serik, masih juga nak tambah dosa!.”
“Sudahlah mak, mari kita ke dapur bercakap dengan tembok lagi bagus. ”

Sengaja kak Siti berkata dalam nada sinis memerli aku, namun aku yang masih lagi belum terasa insaf walaupun rasa besalah mula bersarang dihati. Entah malas aku memikirkan, jika aku ingin bertaubat aku ingin bertaubat ‘nasuhah’ kerana akan  membuat aku menjadi muslim sejati bukan untuk sehari dua tetapi untuk sepanjang perjalanan hidupku.

  Mimi menghantar pesanan ringkas kepada Adam melalui handphonenya, setelah berkali-kali disuruh oleh bapanya.

“Adam, jangan lupa balik Ipoh minggu nie, Sabtu dan Ahad ada kursus perkahwinan yang perlu kita hadiri.”



Hari yang dinanti-nantikan telah tiba aku dan Adam berjalan beriringan menuju ke dewan tempat kursus perkahwinan diadakan. Aku memerhati sekeliling, bilangan tempat agak terhad, aku duduk di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur. Setiap peserta kursus diberi fail yang mengandungi bahan rujukkan  untuk bakal suami atau isteri. Aku membuka fail yang diberi untuk meneliti isi kandungan fail tersebut.

“Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, agamanya maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara dan bahagia. ”

Tanpa aku sedari sesi kursus telah pun bermula. Kata-kata dari penceramah membuatkan aku terfikir, aku bakal menjadi isteri kepada Adam kerana ‘terkantoi’. Jika bukan sebab ‘terkantoi’ sudah pasti aku masih bergelar gadis liar. Peserta kursus masing-masing khusyuk memberi perhatian terhadap pelajaran serta ilmu rumah tangga yang diajar oleh penceramah.

  “Sekian terima kasih, wabilah waltaufik walhidayah. Assalamualaikum, semoga kita berjumpa lagi esok.”

Penceramah menamatkan sesi kursus pada hari tersebut. Begitu cepat masa berlalu, sehinggakan aku tidak sedar sesi kursus untuk hari ini telah berakhir. Aku bertemu dengan Adam, dipintu keluar dan berjalan seiring untuk pulang ke rumah. Wajah Adam kelihatan keruh, sekeruh air sungai selepas hujan, pasti ada sesuatu yang bermain-main difikirannya tetapi aku tidak pasti apa yang sedang difikirkan.

“Adam, kalau ada apa-apa benda nak tanya soal jer jangan malu-malu dan jangan segan-segan macam awak tak malu usik saya.”

Aku memulakan bicara setelah Adam lama mendiamkan diri sejak kami balik dari kursus perkahwinan, sindiranku terasa pedas kuping telinga Adam berubah warna merah.

“Mimi, awak rela berkahwin dengan saya??” Soal Adam kepalanya menunduk ke bawah.
“Rela atau tidak belakang kira. Saya malas nak fikir… Lagipun penting ke awak tahu sekarang sama ada saya rela ataupun TIDAK!!”
“Awak sunat wajib ke?” Soal Adam dengan muka blur.
“Apa??!!” Aku ketawa mendengar soalan Adam, merah padam muka Adam melihat aku mengetawakannya.
“Maksud saya potong ‘anu’ wajib ke??” Soal Adam sambil tangannya membuat aksi memotong dot dot dot…
“Bagi seorang muslim wajib, sebab awak tak potong laa jadi macam nie!”

Aku langsung tidak memikirkan perasaan Adam, lantak apa nak jadi, jadilah ! Nasi dah jadi bubur buat apa nak melolong, kalau bubur boleh juga aku makan tapi anak kena laa aku beranak. Mulut Adam seakan-akan terkunci mendengar kata-kataku pasti dia sedang kecewa dengan jawapan yang diterima daripada aku yang tidak ikhlas, menerima kehadiran dirinya sebagai pasangan hidupku.

“Bila awak nak ambil kad keislaman awak?” Soal aku kepada Adam yang semenjak dari tadi menyepi seribu bahasa.
“Insyaallah, petang ini. ”
“Aik, sentap ke? Maaf.”
“Dimaafkan…”

Kata Adam bersahaja. Perkataan maaf yang terkeluar dari mulutku kedengaran sungguh tidak ikhlas, aku tidak tahu bagaimana aku ingin hidup bersama-sama dengan orang yang tidak aku cintai. Harap-harap selepas berkahwin perasaan sayang akan muncul didalam kamus hidupku.


Malam itu, dimeja makan semua ahli keluargaku berkumpul untuk menikmati makan malam bersama-sama, aku duduk memerhati sekeliling, kelibat Adam tidak kelihatan mungkin si dia sedang tidur fikirku… Aman dunia… Suara ibu mematikan lamunanku.

“Mimi, ajak Adam makan.”

Kata-kata ibu mematahkan seleraku untuk makan malam. Pantas aku bergerak bangun mencari kelibat Adam di ruang tamu, di laman rumah, didepan tv namun kelibat Adam langsung tidak kelihatan. Aku berjalan kembali ke arah meja makan, tanpa aku sedari Adam berada dibelakangku.

“Adam, mari makan duduk sebelah abah jangan malu-malu buat macam kami keluarga kamu sendiri, lagipun tak lama lagi kamu akan jadi sebahagian daripada kami. ”

Tersentuh hatiku mendengar kata-kata abah yang cukup lembut, mengajak Adam makan dan duduk bersebelahan dengannya tanpa aku sedari aku masih lagi berdiri tercegat memerhati tingkah laku Adam yang cukup sempurna dimata abah walaupun Adam telah menodai anaknya sendiri. Dapat aku rasakan kolam mataku mula ditakungi air, pantas aku berpaling ingin segera meninggalkan meja makan.

“Mimi, mari makan nanti baby lapar. Tak baik tahan lapar nanti perut masuk angin.”

Aku memejam mata takala mendengar kata-kata Adam,  sebelum raunganku memenuhi ruang makan, aku berlari masuk ke dalam bilik. Melihat reaksiku suapan Adam terhenti dengan sendiri, dia bingkas bangun untuk mengekoriku, abah bertindak pantas menegahnya.

“Duduk Adam, habiskan makanan kamu. Mimi biarkan dia kalau dia lapar nanti dia memunggahlah macam tikus kebuluran.”

Didalam bilik aku menangis semahu-mahunya, aku sendiri tidak pasti mengapa air mataku cukup mudah untuk mengalir. Masih terngia-ngia kata-kata penceramah tadi ditelingaku.

“Janganlah kamu mengahwini wanita itu kerana didorong oleh kecantikannya, mungkin kecantikkannya itu akan merosakkan dirinya, dan janganlah kamu mengahwininya kerana hartanya, mungkin dengan kekayaannya akan menyebabkan dia berlagak sombung dan angkuh. Tetapi kawinilah dia berasaskan latar belakang agamanya. Sesungguhnya seseorang hamba sahaya yang hitam legam beragama adalah paling baik.”
“Kahwinilah kerana AGAMANYA!”
“AGAMANYA!”
“DIAM!”

Secara tiba-tiba aku menjerit untuk menghentikan kata-kata yang berlegar-legar difikiranku, perasaanku menjadi semakin tertekan, manakala air mataku menjadi semakin murah. Seluruh ahli keluargaku yang sedang enak menikmati makan malam menjadi gempar mendengar jeritan suaraku yang nyaring bagaikan puntianak menjerit, Adam bangun dari meja makan dan berjalan pantas menuju ke kamarku. Adam mengetuk-ngetuk pintu bilik sambil memanggil-manggil namaku.

“Mimi! Mimi! Mimi! Kamu okey ke?”
“Kenapa kamu menjerit??”
“Diam! Pergi! Aku tak nak dengar suara kau! Jangan ganggu aku! Sebab kau aku jadi begini. Pergi!”

Aku menjerit-jerit memarahi Adam, air mataku masih lagi mangalir membasahi pipi. Aku kecewa dengan apa yang berlaku, masih jelas difikiranku apa yang telah terjadi diantara aku dan Adam.

“Hai, saya Adam.”

Adam menghulurkan salam perkenalan kepada aku dan Sherry, dia begitu murah dengan senyuman. Pantas tangannya menggapai tanganku.

“Kita menari jom…”

Tanpa menunggu jawapan dariku, Adam membawa aku ke lantai dansa yang menjadi kegilaanku. Aku dan dia ligat menari, berpegangan tangan dan berpelukkan. Adam mula ringan-ringan dan aku membiarkan sehinggalah aku termakan pujuk rayunya. Entah mengapa malam itu aku menjadi begitu bodoh mengikut sahaja telunjuknya akhirnya mahkota yang aku pertahankan selama ini tergadai hasil kesilapan bodoh yang aku lakukan. Aku tidak dapat memaafkan diri ini, aku mula bertindak menjauhi Adam dan kekasih hatiku kerana aku sudah tidak suci, tiada apa lagi yang perlu aku banggakan dengan diri ini semuanya telah tergadai. Malam itu, aku menangis semahu-mahunya melepaskan semua beban perasaan yang telah aku pendam sekian lama.

Keesokkan harinya aku bangun dengan perasaan yang lebih lega, selepas aku menangis sakan semalaman. Aku menatap wajahku dicermin, mataku kelihatan sembap dan bengkak. Aku mengenakan sedikit solekkan nipis untuk menutup kesan yang jelas ketara kelihatan. Selesai bersolek aku keluar dari bilik menuju ke meja makan, aku lihat Adam telah sedia menantiku untuk bersarapan bersama-samanya.

“Mimi, makanlah dari semalam awak tak makan, kesian dengan bayi dalam perut tentu dia lapar.”

Mataku merenung tajam kearah Adam, kata-katanya berjaya memujuk hatiku yang rawan. Aku menyenduk nasi goreng ke dalam pinggang. Kebiasaannya akulah orang yang paling suka menghabiskan masakkan ibu, tetapi pagi itu payah untuk tekakku menerima makanan seolah-olah tekakku sedang menelan racun ke dalam tubuh. Tiba-tiba sahaja perutku memulas manakala tekakku terasa mual dan loya, aku bangun menuju ke bilik air memuntahkan semua isi perutku.

“Uwerrrrkkk…”
“Uweeeerrrrkkkk.. ”

Adam datang melihat keadaanku , dia kelihatan risau melihat keadaan diriku yang begitu lemah, aku tidak berdaya untuk berdiri kakiku tidak dapat menampung berat badanku. Adam memapah aku kembali ke meja makan. Setelah aku meminum sedikit air oren untuk menghilangkan rasa mual, aku meminum segelas air milo untuk melapik perut hilang seleraku untuk menjamah makanan. Aku mencapai asam didalam peti sejuk untuk aku bawa bersama-sama semasa menghadiri kursus perkahwinan.

Sesi kursus perkahwinan untuk hari kedua bermula, jika semalam penceramah bercerita tentang alam rumah tangga, hari ini penceramah yang sedang berdiri segak dan tampan dihadapan dewan bertindak menyoal peserta. Aku sekadar memerhati sambil mulutku mengunyah asam yang aku bawa dari rumah.

“Saya ada soalan untuk dijawab oleh bakal-bakal suami… Bakal suami yang gentelman sila berikan jawapan kepada setiap soalan saya… Mengapa kita perlu mandi wajib?? Bakal isteri tengok kebolehan pasangan masing-masing terror atau tidak… Kalau tak terror boleh reject…”

Penceramah cuba berlawak dengan peserta, macam mana nak reject ustaz saya dah ‘kantoi’ dengan Adam, aku berkata didalam diam.

“Melakukan persetubuhan…” Kata seorang peserta ragu-ragu.
“Jawapan yang lebih tepat??” Soal ustaz kembali.

Semua senyap, keadaan dewan mula menyepi lalu ustaz memberikan penerangan yang lebih lanjut kepada bakal suami dan isteri.

“Benar, melakukan persetubuhan iaitu memasukkan kepala ‘hasafah’ ke dalam  faraj meskipun tidak keluar air mani…”
“Ustaz, apa maksud ‘hasafah’?”

Soal Adam yang memang tidak tahu maksud perkataan hasafah. Bergema bunyi gelak tawa peserta lain, aku tertunduk malu mataku terarah ke lantai dewan, melarikan anak mata dari peserta lain. Ustaz tidak menjawab sebaliknya menyoal Adam soalan maut.

“Siapa bakal isteri anda?”

Adam mununjukkan jari telunjuknya ke arahku. Sepi seketika dewan yang tadinya gamat dengan bunyi gelak tawa peserta, semua mata tertumpu kearahku.

“Hawa bagi Adam tolong berikan jawapan buat bakal suamimu.”

Terkedu aku mendengar permintaan ustaz dengan rasa berat hati aku berdiri dan menjawab bagi pihak ustaz.

“‘Anu.’”

Kataku sambil tangan aku membuat pembuka dan penutup kata pada perkataan ‘anu’. Ustaz menggeleng-geleng kepala melihat reaksi aku.

“Sila beri jawapan lebih jelas Hawa.”

Aduh ustaz pun nak kenakan aku ke?? Aku melepaskan keluhan berat.

“Penis.”

Kataku kemudian, dapat aku rasakan mukaku panas membahang menahan malu. Adam hanya tersenyum memandangku, aku dapat rasakan yang dia memang sengaja ingin mengenakan aku. Sesi soal jawab diteruskan lagi .

“Keluar air mani walaupun tanpa bersetubuh.”
“Contoh?”

Soal ustaz yang ingin semua peserta kursus memahami maksud perkataan tersebut.

“Mimpi lelaki akhil baligh…”
“Ustaz, Onani!” Jerit seorang peserta.
“Onani! Bagus, sesiapa yang tahu maksud onani?” Soal ustaz lagi.
“Onani, melakukan perbuatan bersetubuh sendiri ustaz… If i am not mistaken cikgu sains ssaya ajar masa form 3!”

Gamat kembali dewan yang sunyi sepi sebentar tadi dengan gelak tawa peserta. Aku lebih terhibur sepanjang berada disini mengikuti kursus perkahwinan hari kedua. Hilang rasa mengantuk dengan suasana yang ceria. Petang ini Adam akan balik ke Kuala Lumpur, entah bagaimanalah kehidupanku selepas berkahwin dengan Adam, aku sendiri tidak pasti akan masa depan yang tidak pasti.

Kalau Edisi lepas korang menagis edisi kali nie tak tahu ler… Maybe ada yang suka ada yang duka…So apa-apa pun kawan2 jangan lupa komen... Kalau ada salah silap mohon tunjuk ajar…

9 comments:

  1. x sabar nk tgu ksdhn cte ni..best...bab 4 ble nk ciap yana...huhu - from Chinta Hanifekin

    ReplyDelete
  2. bila nak insaf mimi?? please bagi peluang kt adam... huhu,besttt - from aya (P2U)

    ReplyDelete
  3. haha kelakarlah... adam dah masuk islam...bestnye... kan kan ;-)
    keluar juga nie,!
    chaiyok kak yana :-)
    from: Emaharuka

    ReplyDelete
  4. Yana best... Tp aku tak tahu nak komen apa... hehe
    From: Yaya - rokam

    ReplyDelete
  5. hahahahaha... lawak siut bab ni kaka yana,, hahahaha... ape2 pun percubaan yang agak berani hahahahaha... Xsangka betul :)
    From: Ayie Reshque

    ReplyDelete
  6. hahaha....memang berani...dh bace upenye,,wahahaha,,,igatkan xbaca lagi..jahatnye ustaz tu,,,kesian lak kat mimi tu kne jawabkan

    ReplyDelete
  7. chinta: Tq yer komen kat FB...
    aya: tak tau laa bila nak insaf...
    ema: gambate..
    yaya: TQ komen kat YM...hehe
    Ayie: gatal yer... haha... :)
    bleberry: TQ...
    Farid: bkn takut tp... hehe...

    ReplyDelete
  8. cmne smbungn cite anugerah terindah...best la cite tu...
    From: Daisy Ixora

    ReplyDelete