K!P@$ $u$@H H@t!

Thursday, November 4, 2010

Wonderfull Life

BAB 8

          Jam loceng berbunyi siren menandakan tepat jam lima pagi, Bell bangun mencapai tuala segera mandi supaya dia boleh cepat turun ke cafe, tidak sabar rasanya hari pertama memulakan latihan ADC. Selesai mandi Bell berdandan rapi rambutnya disanggul kemas, dia memilih pakaian sukan serba hitam untuk sesi latihan. Bell melangkah ke pintu membawa beg galas dan MP3 kesayangannya bersama.  “Dania, Rina, Rienie dan Diedie, Bell gi cafe dulu!” Laung Bell dimuka pintu.


          Syam tersenyum-senyum melihat ketuanya Haiccarl  yang telah siap sedia untuk sesi latihan pagi itu. Syam memerhatikan setiap gerak langkah Haiccarl yang ingin melangkah keluar bilik, dengan senyum simpul dia menegur Haiccarl.

“Bro, biasanya ko bersiap paling lewat...Hrmmm ada apa-apa ke bangun awal? Awek tunggu kat cafe ya?? ”
“Syam aku nie bukan macam kamu romeo, aku nie cepat lapar sebab tu turun awal!” Haiccarl cuba menutup rahsia.


          Ketika Bell sampai di cafe keadaan cafe sama sekali telah berubah, tiada lagi tag nama krew diatas meja. Sarapan pagi dihidangkan ala-ala buffet, Bell memilih beberapa jenis kuih muih untuk dijadikan alas perut, matanya meliar mencari kelibat Tomoko. Mana laa si Tom and Jerry, comfirm tengah lena dibuai mimpi . Aku yang terlebih excited yang bersiap awal.Fikir Bell. Bell membawa makanannya menuju ke meja krew Charmed dari Singapore setelah disapa oleh Sabrina selaku ketua krew.
         
          Bell sungguh berhati-hati dengan musuh lagi-lagi apabila mememui musuh yang suka memberi kata-kata pujian lebih-lebih lagi didalam pertandingan sebegini. Bell hanya memerhati Sabrina dan krewnya. Pada pendapat Bell Sabrina seorang yang cantik menawan dari segi penampilan manakala bakat yang dimiliki oleh Sabrina, Bell masih belum boleh memberi kerana dia belum tahu potensi persaingnya, Sabrina memakai  pakaian  dari atas hingga  kebawah terdedah. Yarkkk, uwerkkk... Bell berasa loya melihat pakaian Sabrina dan krew.  

          Mulut Sabrina tidak berhenti-henti bercerita tentang lelaki didalam pertandingan itu terutama sekali mengenai Haiccarl. Sabrina membuat gaya gedik dan manja sambil memuji-muji  Bell. “Is, I kagum dengan you badan solid kerengga, muka cantik, kulit you gebu...Fuhh memang cun giler...Kalau I jadi lelaki mesti I goda you.”

          Bell membuat muka cool mendengar kata-kata Sabrina. Meluat Bell dengan tingkahnya yang terlentok-lentok ke kiri dan kanan.Lemas Bell dibuatnya. Agaknya siapa laa yang malang jadi boyfriend minah nie.Fikir Bell sambil tersenyum sumbing memandang Sabrina. Bell segera membalas kata-kata Sabrina.Thanks apa kurangnya you sama ja tiada beza.

          “I tak sabar nak berlatih, latihan pembukaan. I dengar khabar ‘Alam’ juara You Can Dance akan jadi koreograph tarian kita. So syok! ” Sabrina masih membuat aksi tergedik-gedik macam beruk kena belacan.


          Maklumat yang baru disampaikan oleh Sabrina bagai ledakkan bom atom yang melanda jiwa  Bell, terus kecut perut Bell nafasnya mula tidak teratur. ‘Alam’ Fikiran Bell berputar ligat mencari jawapan siapakah mahluk tuhan yang bernama Alam. Dia terkesima memikirkan kemungkinan yang satu itu. Bell segera bangun meminta diri menjauhi krew Charmed.



          Onizuka mengarahkan semua krew berkumpul menaiki bas menuju pentas upacara pembukaan ADC. Setiba disana krew yang bertanding terpegun melihat dewan yang besar dan moden dilengkapi pelbagai peralatan elektronik yang canggih mata krew seakan-akan tidak percaya dengan keadaan pentas yang canggih kesemua krew berasa kagum dan teruja. Catherine yang telah siap sedia menanti mereka diatas pentas membahagikan krew mengikut kumpulan latihan dan segera memberi penerangan semula mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut.

Bell yang masih sengsara bagai cacing kepanasan apabila terpandang mahluk yang bernama ‘Alam’ berdiri disebelah Miss Catherine serta merta mukanya menjadi pucat seperti mayat. Catherine memperkenalkan Alam kepada krew ADC. “Guyz, This is Alam your coreographer! Any question before I go??” Mata Catherine melihat wajah krew satu per satu,  matanya menagkap muka Bell yang pucat seperti mayat.

Sejak memenangi pertandingan ‘You Can Dance’ Alam selalu mendapat undangan menjadi koreographer kerana bakat semula jadi melonjak naik nama Alam. Alam memberi  kata-kata peransang kepada krew sebelum mereka memulakan latihan pembukaan.“Thanks, Cath selamat datang ke ADC saya Alam, coreographer kamu. Kalau kamu dah bersedia ayuh kita mulakan gerak tari.” Kata Alam sambil kakinya membuat gerak tari Shuffle.

Mata Alam tertumpu kepada Bell, serta merta kejadian setahun lalu di Disneyland USA terimbau dimindanya, Girlz menjadi juara dibawah pimpinan Linda. Secara tidak sedar Alam melangkah kearah Bell, mata bertemu mata Alam dengan pandangan sinis manakala Bell merenung Alam dengan rasa bangga kerana berjaya mengalahkan Alam di USA. “Bell, you anak didik Linda tentu dia bangga dengan pencapaian you tapi kali ni belum tentu you juara!” Kata Alam didalam nada sinis.

Bell tergamam mendengar kata-kata Alam, namun dia hanya mempamer reaksi bersahaja dengan muka selamba didalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa pantas jantungnya berdegup kencang.


          Alam mula memainkan lagu Bonamana dari kumpulan Super Junior untuk melihat prestasi anak didik Linda, dia mempersilakan krew Girlz membuat latihan pertama. Dengan suara lantang Alam bersuara Mari kita lihat persembahan dari juara tahun lalu dari Miss Isaballa dan krew yang akan membuat persembahan tarian street dance. Girlz get ready!

          Pengumuman yang dibuat oleh Alam menyebabkan Bell tersentap. Krew Girlz juga tidak menyangka ketua mereka pernah menjadi juara ADC. Bergema tepukkan dari krew lain sebagai tanda memberi semangat kepada mereka. Bell melangkah dengan langkah lenggok bersama krew Grilz berdepan dengan semua yang berada disitu lagu Bonamana merupakan makanan harian mereka ketika membuat latihan  jadi tiada masalah mereka menari street dance menggunakan lagu tersebut. Lengok tari Bell memukau mata krew lain, manakala Alam berpuas hati namun sengaja mencabar kesabaran Bell. “Hrmmmm... Not Bad!” Kata Alam. Bell memandang Alam dengan senyum sinis.

          Sabrina mula berasa iri hati dengan kelebihan yang ada pada Bell, dia bercadang untuk menggugurkan Bell daripada pertandingan itu.Baik aku minta Naily siasat siapa sebenarnya girl yang bernama Isabella.Sabrina segera mengeluarkan Iphone jenama Apple dan mula menaip pesanan ringkas kepada pembantunya Naily.

          Alam menepuk-nepuk bahu Bell sebagai tanda memberi semangat kepada pasukan Bell. Pasukan yang akan membuat persembahan pembukaan dibahagi kepada dua kumpulan Wakakah, Girlz, Charmed dan The Youth akan membuat tarian Salsa secara berpasangan manakala Storm, Island Boy, The Mask dan Step Up bakal mempersembahkan tarian Hip Hop. Alam membawa mereka ke dalam dewan latihan dan mula mengajar mereka gerak tari Salsa. Alam memanggil Sabrina sebagai pasangannya supaya krew yang lain boleh berlatih gerak tari itu. Alam memulakan langkah tari,  Bell pantas menggapai tangan ketua krew The Youth, Hyun Bin dan mereka menari seperti yang ditunjukkan oleh Alam. Sebaik sahaja habis tarian tersebut Bell tersenyum manis kepada Hyun Bin.
          Haiccarl bagai cacing kepanasan ketika Bell menari bersama Hyun Bin. Kenapa laa Bell tak capai tangan aku geram....Fikir Haiccarl semasa memerhati gerak tari Bell dan Hyun Bin itu. Segera tangan Bell dicapai, muzik dimainkan dan mereka mula menari Salsa. Langkah mereka perfect, sharp, sungguh mengikut kriteria yang diinginkan oleh Alam.

3 comments:

  1. salam.terhibur membaca tulisan anda.mohon tunjuk ajar dalam penulisan juga ya.

    ReplyDelete
  2. Laa, ngapa leh kering, dah tak sabar nak baca ni, bilik CGPO panas ke, leh kering pulak, setahu mama sekarang ni banjir...nun kat Kedah/Perlis banjir tak surut surut, sambung la x sabaq nak baca nii...

    ReplyDelete
  3. TQ kepada yang dah coment... sekunk tgh proceed Bab 9... :) teruskan memberi sokongan...

    ReplyDelete