K!P@$ $u$@H H@t!

Monday, November 29, 2010

Wonderfull Life

BAB 10

          Catherine meminta Wakakah dan Girlz bersedia dibelakang pentas lima minit sebelum acara bermula. Lampu pentas dimalapkan, Onizuka dan Catherine berjalan menuju ke tengah pentas semua mata tertumpu kepada mereka, penonton mula bersorak setelah mereka mengumumkan persembahan pertama oleh empat krew serentak.

          Dijemput krew Wakakah, Girlz, Charmed dan The Youth memulakan persembahan pembukaan Asian Dance Competition.

          Sebaik sahaja nama krew diumumkan Onizuka dan Catherine berjalan ke belakang pentas, lampu utama dimalapkan lampu yang berwarna-warni mula menghala ke arah krew yang berjalan masuk ke pentas. Debaran didalam dada Bell bertambah kencang apabila lampu dimatikan sekali lagi sebelum muzik dialunkan, mata Bell merenung seraut wajah Haiccarl apabila muzik dimainkan mereka memari bagai pasangan merpati dua sejoli yang sepadan, bagaikan putera sedang menari bersama puteri hatinya. Lenggok tari salsa yang sempurna memukau mata penonton, sunyi seketika dewan yang tadinya gamat dengan jeritan penonton bersorak.

          Tamat sahaja lagu yang dimainkan bunyi tepukkan gemuruh dari penonton kembali memenuhi ruang dewan, Haiccarl dan Bell bagaikan baru tersedar dari mimpi. Pantas mereka bersama-sama krew lain memberi tunduk hormat dan segera menuju ke belakang pentas untuk persediaan persembahan solo krew masing-masing.

          Haiccarl tersenyum sendirian seperti kerang busuk, mengingatkan senyuman manis, lenggok tari serta panahan anak mata Bell berwarna hazel membuat dirinya berasa seperti dikayangan jika dia tidak ditegur oleh Syah pasti dia akan bermimpi lagi, mimpikan puteri hatinya Bell.

          Carl, sakit ker?? Atau ko nak jadi skoi(sengal a.k.a tak betol)? Tersenyum sorang-sorang ada paper ker?? Tak nak tukar kostum ker??
          Kay, aku gi tukar skunk(sekarang)!

          Haiccarl menukar kostum untuk persembahan solo krewnya, secara tidak sengaja dia bertembung dengan Bell, dia tersenyum lagi.Nasib baik Is tak perasan yang aku terover perasaan dengan dia.Fikir Haiccarl sendirian.

          Persembahan malam pembukaan ADC membuat penonton berasa teruja, mereka tidak sabar untuk melihat acara saringan yang bakal berlansung dalam masa dua hari lagi, esok peserta akan membuat raptai manakala lusa pertandingan suku akhir dua krew akan disingkirkan. Pasti juri pening lalat memilih krew untuk disingkirkan, Alam juga pasti pening memikirkan gerak tari untuk krew yang bertanding namun kreativiti krew menjadi keutamaan semasa proses pemilihan suku akhir jadi tidaklah Alam berasa pening lalat untuk mereka gerak tari setiap krew dia hanya perlu memperbaiki gerak tari krew.

          Berakhir sudah acara perasmian, krew dihantar pulang ke hotel menaiki bas seperti mana mereka datang. Didalam bas, muka krew terpamer keletihan yang teramat sangat selepas selesai membuat dua persembahan pembukaan ADC. Bell serta krewnya yang lain membuat hal sendiri, sementara Catherine membuat cadangan mengejut untuk menghilangkan keletihan krew pertandingan yang sedang keletihan.

          Let’s get party! Karaoke time! Kata Catherine dalam nada ceria seperti dia tidak sedikit pun berasa letih.

          Catherine berjalan ke arah krew yang paling berlagak macho, mangsa pertamanya Hoon Bin. Hoon Bin yang sporting mendendangkan lagu love,love,love dari kumpulan FT Island. Sebaik sahaja muzik dimainkan fikiran Bell melayang teringatkan Ermi buah hati yang ditinggalkan di Malaysia. Muka Bell kembali berseri-seri, bercahaya seperti bulan sedang mengambang penuh terkenang kenangan sewaktu dia masih berada disisi Ermi sebelum dia menyambung pelajarannya. Gembira hatinya sukar digambarkan, bagaikan bunga yang sedang mekar didalam taman larangan.

annyong nae sarang sarang sarang
jalgayo nae sarang sarang sarang
chaorunun naye nunmuri onmomul jogsyodo
ijenun good bye good bye good bye
narul ttona budi haengboghae
han gorum han gorum niga morojinda…

          Dalam keadaan tidak sedar Bell turut menyanyi lagu tersebut bersama-sama Hoon Bin, Haiccarl yang mendengar berasa panas hati, sangkanya Bell meminati Hoon Bin kerana menyanyikan lagu tersebut bersama pujaan hatinya. Haiccarl teringin membuat Bell berasa jeles segera dia mencapai microphone dan menyanyikan lagu ini suatu kisah, sempat dia bermain mata dengan Sabrina dan mengusiknya. Sabrina yang mula terover perasaan mula kembang hati, menggedik macam cacing kepanasan dengan Haiccarl. Bell berasa meluat, loya tekaknya melihat aksi manja menggedik yang menggelikan tekaknya, dia segera memnuat aksi termuntah-muntah.
          Uwerk!!! Uwerk!!!!Ajuk Bell kepada Haiccarl dan Sabrina yang sedang menggedik sambil tangannya menjolok-jolok anak tekaknya.
          Hey Girls are you pregnant?Soal Sabrina yang sengaja ingin menaikkan kemarahan Bell.
          Pregnant! Me? Ohhh please... Ntah-ntah you yang ada isi dalam perut pasal tur gedik mengalahkan ulat beluncas!Kata Bell dalam nada sinis.
          You!Sabrina bengang dengan Bell.Awas Isabella kau takkan selamat.’ Fikirnya sambil matanya menjeling ke arah Bell.
         
          Pergaduhan mereka terhenti apabila bas berhenti dihadapan pintu hotel. Bell ingin segera berlalu meninggalkan krewnya tetapi dia segera dihalang oleh Syah.

          Miss Is, boleh I ajak krew you pergi minum-minum?Soal Syah yang gusar, matanya melihat ke arah Bell.
         
          Bell memerhatikan muka Syah kelihatan takut-takut denganya, dia merenung tepat ke dalam mata Syah, sambil tersenyum dia berkata.

          Kenapa Syah tanya saya? Nak ajak minum-minum kena tanya tuan punya badan bukan saya. Girlz saya dah terlampau letih, kalau kamu nak pergi jalan-jalan just go on without me and guyz please take care of my Girlz.

          Is you tak join sama??Soal Syam yang bermulut manis.
          No! Thank...Bell begitu tegas dengan keputusannya.
          Is, I teman you balik.Kata Haiccarl berlalu menikut gerak langkah Bell.

          Bell tidak sedar Haiccarl mengekorinya kerana MP3 telah dipasang ke telinga. Dia mula menari mengikut gerak muzik yang sedang didengar.

          Isabella!

          Tegur Haiccarl serta menepuk bahu Bell.Bell yang terkejut dengan tindakkan drastik Haiccarl tidak sengaja telah menumbuk perutnya.

          Ouch!Haiccarl mengerang kesakitan. Bell segera berpaling kebelakang, dia nampak Haiccarl mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.
          Opss, I did again. Sorry Carl... Napa laa you follow me senyap-senyap?? Kan dah makan free.Kata Bell sambil tersenyum sumbing melihat Haiccarl yang masih lagi kesakitan.
          I nak temankan you balik bilik mana tahu kena culik ngan penjenayah... I panggil you tak dengar asyik ngan MP3 you 24-7 so disebabkan telinga you tersumbat laa I tepuk bahu you. Taksangka plak dapat hadiah free.Haiccarl memberi penjelasan kepada Bell, mukanya masih menahan sakit, senak perutnya dengan tumbukkan Bell.
          Itulah you nie terlebih bijak, dah jom I tolong sapu ubat kat perut you takut melarat plak, then bolehlaa you berehat. I tak nak laa disebabkan I nanti you tak boleh menari pulak.

          Bell bergesas mencari minyak urut untuk Haiccarl sebaik sahaja tiba dibiliknya, Haiccarl menunggu di ruang tamu, Bell mencapai minyak urut dari dalam almari bajunya segera dia memberi minyak tersebut kepada Haiccarl.
         
          So Carl minyak pon dah dapat boleh laa you balik bilik you.Kata Bell matanya merah menahan ngantuk, kalau boleh dia ingin Haiccarl segera beredar dari dalam biliknya supaya dia dapat berehat dengan tenang. Sempat Haiccarl mencuri pandang anak mata Bell berwarna Hazel. Cantik puji Haiccarl didalam diam, dia yang masih leka dikejutkan oleh suara Bell.
          En Haiccarl yang budiman tolong keluar dari bilik I apa yang you tunggu lagi?Soal Bell yang geram dengan tingkah Haiccarl yang suka mengalamun.
          Aik menghalau nampak... Kata Haiccarl sambil keningnya di jungkit ala-ala Ziana Zain penyanyi kesayangannya.
           Tak halau,tapi tak manis kalau ada yang nampak kita berdua-duaan didalam bilik I, apa kata orang lain nanti tak syok laa bro... I anak dara you plak anak teruna, so cik abang yang budiman dipersilakan GET OUT! Sambil bercakap tangan Bell membuka pintu biliknya mengarahkan Haiccarl supaya cepat keluar.
          Carl... jangan amik ati kay, I am very-very tired.Kata Bell kepada Haiccarl sambil tersenyum semanis gula Melaka.

          Setelah Haiccarl berlalu, Bell mencapai Blackberry Storm 2 dan mendail nombor HP Ermi kekasih hatinya yang dirindui, bunyi caller ringtone mula kedengaran saat bahagia nyanyian Shahila. Pelik rasanya setelah mendail nombor Ermi lebih sepuluh kali tidak berjawab. Bell bertindak menenangkan dirinya yang mula curiga tindak tanduk buah hatinya itu.

          Dia sibuk kut...Kata Bell yang masih ragu-ragu.

          Hanya itu sahaja alasan yang dapat difikirkan, Bell segera mencapai tuala mandi menyegarkan diri. Kemudian dia berbaring diatas katil dengan mata terpejam.



          Haiccarl duduk termenung didalam bilik diatas katil sambil memikirkan tentang Bell. Isabella , naper laa aku boleh tersuka kat kamu...? Hisy gila laa nie, nasib takder orang yang tau aku nie dah mula suker sesangat kat kamu kalau tak jatuh saham aku kat bursa saham...Segera dia mengeluarkan Ipod miliknya, membuka file yang mengandungi gambar-gambar Bell yang diambil secara candit kamera semasa dia menemai Bell merayau-rayau di bandar Tokyo.Comelnya rasa nak gigit-gigit jer pipi dia yang tembam tur... Isqh blm nikah maner boleh...Haiccarl sedar yang dia gila bayang dengan perempuan bernama Isabella Martinez.


         
          Krew Wakakah pelik dengan perubahan sikap ketua mereka, kebelakangan ini senyuman manis tidak lekang dari bibir Haiccarl, apabila bertemu Bell ketua krew Girlz dia akan memandang tanpa berkelip walau sesaat pun dan selalu memerhati gerak-geri Bell. Syam, Amir, Syah dan Rool bertindak menyiasat seperti Detaktif Conan dari krew Bell.

          Dania, Is ada balak tak?? Soal Syah.
          Balak??!!Dania pura-pura tidak mengerti sambil mempamer muka confius.
          Boyfriend, ada tak??Kata Amir pula.
          Hello guyz kalau nak tau kena laa soal siasat tuan punya badan tapi setakat yang I tau belum ada yang stady. You nak cuba go on jer... Hehehe...Dania tergelak kecil, dia tidak dapat membayangkan sekiranya Bell bercinta dengan salah seorang dari krew Wakakah.
          Guyz, please drop the topic. Jom gi jalan-jalan.Ajak Rienie.


          Krew Wakakah hanya mengekori langkah Gilrz, mereka bertindak sebagai bodyguard mereka kerana apa yang bakal berlaku sekiranya membenarkan krew Girlz tidak diketahui. Selepas taktik mereka untuk soal siasat tentang Bell tidak mendapat sambutan dari krew Bell sendiri.



          Cahaya bulan menyinari kegelapan malam, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, didalam kegelapan malam yang dingin dicelah-celah kesibukkan kota, Ermi buah hati pengarang jantung Bell membuat onar dia telah mendua tigakan Bell yang setia mencintainya. Ermi bersama-sama kekasih barunya berjalan-jalan di Bintang Walk sambil berpegang-pegangan tangan. Ermi dan pasangannya, Bella berpeleseran tanpa arah tujuan, menghabiskan masa bersama, bagaikan dunia milik mereka berdua. Kecurangan Ermi masih belum dapat dihidu Bell walaupun hatinya telah mula curiga dengan tingkah laku Ermi, sekiranya Bell dapat info kecurangan Ermi comfirm Ermi belum tentu selamat.

4 comments:

  1. cant wait 2 read till d end...
    1s2 time msok blog ni n bc,,,mmg best...
    thnx 2 my frenz reshq sb gtaw sal k.yana

    ReplyDelete
  2. kyah tq... post baru dah siap blm sempat nak hantar kat blog jer... kalau rajin nnt add laa.. kat FB...

    ReplyDelete
  3. akk cpat2 smbung cter ni..mmg best sgt,,,xsabar tggu smbungannye..

    ReplyDelete
  4. Ayie Reshque: Tak sangka rupenye Bell dah ada BF... mantap

    ReplyDelete