K!P@$ $u$@H H@t!

Wednesday, December 8, 2010

Anugerah Terindah

BAB 1

Adam, Suamiku yang aku nikahi sewaktu usiaku menjangkau 19 tahu, dia aku nikahi diatas kerelaan dirinya sendiri setelah mendapat tahu aku mengandungkan anaknya. Tidak terlintas difikiranku yang aku akan menamatkan zaman bujangku dengan perkahwinan yang tidak dirancang dan bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki yang hanya kukenali  dirinya sahaja tanpa mengenali keluarganya terlebih dahulu. Benarlah kata pepatah melayu apabila kita berdua-duaan ditempat sunyi maka akan muncul orang ketiga diantara kita iaitu syaitan laknatullah.

Pasti ahli keluargaku akan membuang diri ini yang telah menconteng arang ke muka mereka, sudah pasti ibu dan ayahku kecewa dengan sikap dan tingkahlaku anaknya yang melampaui batas serta nilai moral agama. Tidakku duga  dengan kelalaian dan kealphaan diriku meninggalkan Allah S.W.T aku terhukum begini.

Detik pertemuan aku dan Adam berlaku secara tidak dirancang, pada malam itu  sejarah hitam hidupku mula tercipta. Adam yang aku kenali melalui seorang rakan telah memujuk rayuku kebilik tidur entah bagaimana aku yang kealphaan boleh termakan pujuk rayunya menikut segala kehendak dirinya. Takala itu tidak terlintas oleh akal fikiran tentang azab yang bakal ditanggung sekiranya benih bercambah dan mendatangkan hasil, aku hanya mementingkan hiburan sahaja. Setelah Adam meniduriku, aku mula bertindak menjauhkan diri darinya. Aku kesal dengan apa yang telah aku lakukan pada malam itu, namun sikapku yang masih mengejar hiburan duniawi tidak membataskan pergerakkan untuk mengunjungi pusat-pusat hiburan. Tiada lagi pertemuan diantara aku dan Adam, sehinggalah aku disahkan hamil tiga bulan kemudian setelah aku menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta.

“Tahniah, puan hamil tiga bulan.”

Kata-kata doktor muda dihadapanku bagaikan halilintar membelah bumi, aku terkejut bercampur takut untuk menghadapi masa depan yang bakalku tempuh kelak bersama anak didalam kandungan tanpa bapa. Rakan karibku, Sherry menasihati aku supaya memaklumkan perkara ini kepada bapa bayi dalam kandunganku. Aku bersetuju dengan cadangan daripada Sherry setelah usahaku untuk membuang janin ini tidak mendatangkan sebarang hasil. Sherry bertindak mengaturan pertemuanku dengan Adam di sebuah restoran berdekatan dengan kawasan perumahanku.

“Adam, Mimi ada hal nak bagi tahu Adam. Mimi sekadar ingin memaklumkan tentang perkara ini tapi sekiranya Adam tidak bersedia menggalas tanggung jawab atau berasa berat memikul beban Mimi tidak memaksa atau menyusahkan Adam, kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.”  Muka aku serius takala memandang wajah Adam yang mula berubah reaksi, mungkin Adam dapat mengagak apa yang bakal aku luahkan seterusnya.

“ Mimi kenapa serius? Ada sesuatu yang berlaku pada Mimi ke??”

Adam menyoal dengan muka tidak bersalah sangkaku Adam mengagak apa yang bermain difikiranku namun nyata telahanku tersilap. Aku menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata.
“Adam, saya mengandung… ” Luahku satu persatu, aku tiada kekuatan untuk mengadap Adam ketika ini mungkin blur dengan kata-kataku sebentar tadi.

Adam yang mendengar kata-kataku tersandar dikerusi seakan-akan tidak mempercayai kata yang baru aku luahkan. Dia masih berdiam diri sedangkan otakku ligat memikirkan penerimaan dirinya berkaitan dengan kandunganku yang mencecah usia tiga bulan. Adam, memikirkan kebenaran kata-kata Mimi. Dia sedar dialah yang sepatutnya bertanggungjawab diatas kandungan Mimi kerana dia yang meragut mahkota Mimi pada malam itu. Lama mereka berdiam diri masing-masing tunduk memikirkan tindakan yang sewajarnya.

‘Tidak mungkin Mimi berbohong, sedangkan aku yang merampas mahkota kewanitaan miliknya.’ Fikir Adam didalam diam.

Melihat reaksi Adam yang berdiam diri seribu bahasa, aku pasti Adam ingin mengelak diri dari tanggungjawabnya. Pantas aku mencapai tas tangan dan ingin segera berlalu meminggalkan Adam. Aku bangkit dari kerusi, pantas tangan Adam menggamit lenganku, aku menoleh kehairanan ke arahnya.

“Mimi, duduk kita berbincang.” Kata Adam dalam nada serius tanpa memandang ke arahku.

Hatiku bertambah sayu dan pilu mengenang nasib diri dan anak yang sedangku kandung ini. Sekilas aku memandang Adam, dia masih tertunduk membisu. Ingin saja aku lari dari sisinya... Adam memulakan bicara sebelum aku meninggalkannya sekali lagi.

“Mimi, saya juga ingin buat pengakuan… Saya bukan Islam… Nama saya bukan Adam tapi Jackie kawan-kawan gelar saya Adam kerana muka saya nampak seperti seorang Muslim.” Kata Adam tergagap-gagap.


Suara Adam kurasakan cukup perlahan namun cukup jelas pada pendengaran aku. Aku terdiam seribu bahasa kenyataan yang luahkan Adam bagaikan halilintar membelah bumi. Aku memandang tepat kedasar mata Adam, nafasku mula tidak menentu, tanganku menggeletar, kepalaku terasa pening terlalu sukar untukku menerima kenyataan yang Adam bukan Islam dan aku mengandung anak dari benih bukan Islam. Aku mula hilang sabar, tahap kemarahanku naik secara mendadak mukaku terasa bahang panas.

“Tergamak awak tipu saya!”

Wajah Adam bertukar merah setelah aku bertindak menengking dia dikhalayak ramai, dia mula memujukku supaya duduk dan bertenang. Bagaimana aku boleh bertenang dengan keadaan diriku dan kenyataan baru dari dirinya.

“Mimi, maafkan saya. Saya tidak sepatutnya menipu awak, tapi kita settle dulu pasal baby dalam kandungan you...” Pinta Adam.

Penjelasan Adam yang tidak lengkap menambahkan lagi kemarahan aku kepadanya. Volume suaraku cuba aku  kawal supaya tidak didengari oleh pelanggan-pelanggan lain didalam restoran tersebut.

“Settle?! Apa maksud awak, awak nak suruh saya gugurkan kandungan? Semua cara saya dah cuba untuk buang dia tapi tak menjadi kalau menjadi comfirm saya tak perlu berjumpa dengan awak.” Balasku dalam nada suara yang cukup sinis. Pantas Adam memotong kata-kataku.

“Bukan itu maksud saya...”
“ Jadi apa maksud awak?”
“Kita nikah... Kita sama-sama baiki kesilapan kita... Baby perlukan keluarga...”
“Nanti saya fikirkan...” Kataku lalu aku bangun dan beredar dari restoran meminggalkan Adam yang masih memikirkan tentang aku dan kandunganku.



Malam itu aku meluahkan perasaanku kepada penasihat tidak bertauliah merangkap sahabatku, Sherry hasil  pertemuan aku dan Adam. Sherry sungguh terkejut mendengar berita yang aku bawa ternganga mulutnya luas kalau ada lalat masuk mulut comfirm tertelan. Sherry juga sepertiku tidak menyangka yang Adam bukan beragama Islam seperti kami, jika dilihat dari rupa paras dan gaya percakapannya comfirm atuk polis pon tak boleh cam dia bukan Islam kerana itulah dia berjaya menipu aku dan Sherry.

“Mimi, apa rancangan kamu seterusnya?” Soal Sherry yang turut pening kepala memikirkan masalah yang menimpa diriku.

“Ntah laa, balik kampung mungkin... Pekara yang tak elok cepat tersebar sebelum sampai ke mulut mak bapak aku lebih baik aku terus terang ngan mereka. Apa nak jadi past tur belakang cter...” Balas aku dalam nada malas, semalas aku menyerabutkan otakku yang telah sedia serabut seperti serabut kelapa.



Malam itu aku menghantar pesanan ringkas melalui Nokia model N71 kepada Adam, memberitahu niatku ingin pulang ke kampung memaklumkan tetang keadaan diriku kepada keluarga. Tidak sampai beberapa minit kemudian pesanan ringkasku berbalas.

“Saya ikut awak balik kampung. Anak dalam kandungan awak darah daging saya. Don’t do STUPID things!”

Ringkas pesanan yangku terima daripada Adam, namun cukup bermakna buat diriku walaupun aku tahu yang dia bukan seorang Muslim.

4 comments:

  1. best,,truskn dgn bab sterusnya,,,cuma ada ckit ksalahan ejaan..

    ReplyDelete
  2. Nonoy Titi da read kak...
    terkezut bila dpt tau adam non muslim n sgp lak 2 kwin...
    uhuks

    ReplyDelete
  3. teruskan mnulis..menarik -ridoma

    ReplyDelete