K!P@$ $u$@H H@t!

Wednesday, December 15, 2010

Anugerah Terindah

BAB 2

Aku berasa gelisah dan berdebar-debar, degup jantungku semakin kencang dan tidak teratur, takala berhadapan dengan seluruh ahli keluarga terdiri daripada ibu, ayah, along, angah, achik, dan achu, aku terasa seperti seorang pesalah yang bakal dijatuhi hukuman mati mandatori.  Aku dan Adam duduk bersebelahan berhadapan dengan mereka, raut wajah Adam kelihatan tenang setenang air sungai yang mengalir jernih tidak sepertiku yang gemuruh dan takut berhadapan dengan seluruh ahli keluargaku terasa lemah seluruh sendi, namun aku dapat merasakan yang dia sedang sedaya upaya mengawal emosinya supaya bertenang. Dunia yang tadinya cerah bercahaya aku rasakan gelap dan sedang ligat berputar semasa Adam memulakan bicara.

“Makcik, pakcik saya minta izin untuk berbicara hal saya dan Mimi dengan ahli keluarga Mimi yang lelaki.”
“Mimi, kamu ikut ibu ke dapur.”

Puan Mariani bertindak menarik tangan anaknya, Mimi supaya mengikutnya ke dapur dengan segera. Aku bangun dan membuntuti ibu ke dapur, dimeja makan kak  Siti, isteri along  telah sedia menanti kehadiran kami berdua. Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan ibu dan kak Siti, air muka mereka berkerut seribu manakala anak matanya merenung tepat ke dalam mataku, aku tertunduk menikus kerana renungan mereka bisa menusuk ke dalam hatiku membaca segala kesalahan yang telah aku lakukan dibelakang mereka. Adam yang aku tinggalkan bersama ahli keluargaku yang lain tidak dapat aku pastikan untung nasibnya, sayup-sayup kedengaran suara Adam dipendengaranku.

“Pakcik, saya minta izin untuk bernikah dengan Mimi dan saya sanggup menukar agama demi masa depan bayi yang sedang dikandung Mimi.”

Lancar mulut Adam menutur bicara tanpa ada perasaan ragu-ragu dihati ketika  dia meluahkan apa yang terpendam dilubuk hatinya. Bapaku, mula hilang sabar mendengar pengakuan berani mati Adam seorang yang bukan Islam dan telah mencemarkan nama baiknya, lantas dia melaung memanggil namaku jeritannya bergema diruang tamu. Mukanya kelihatan bengis seperti seekor singa yang kelaparan, jika aku dapat ditelan pasti aku telah dibahamnya.

“Shamimi!”

Aku, ibu dan kak Siti yang sedang duduk didapur terkejut mendengar jeritan bapaku yang bergema didalam rumah, dengan pantas aku bangun dari kerusi dan  berlari ke ruang tamu. Reaksi bapaku memang sudah dijangka, marah dengan pengakuan berani mati  Adam. Mana ada bapak yang suka, melonjak kegembiraan mendapat berita anaknya telah ditebuk tupai, hatiku berdegup kencang dan berdebar-debar menanti reaksi ibu yang telah bersusah payah melahirkan, mendidik dan membesarkan aku sehingga kini, pasti reaksi ibu lebih teruk jika dibandingkan  dengan bapaku, kecut perut aku dibuatnya takala mendengar suara bapaku yang mulai meninggi sekali lagi bagai bunyi guruh dilangit.

“Anak tak sedar diuntung ini balasan kamu! Malas belajar! Merambu tak tentu hala! Kebebasan yang abah bagi kamu salah guna! Sekarang tengok apa yang dah kamu buat! Buat malu kaum saja!”

Keadaan diruang tamu mulai senyap sunyi, sepi masing-masing tidak berani bersuara sepatah haram, mata bapa terjegil memandang aku yang mula menikus ketakutan melihat reaksinya sebegitu, mukanya telah berubah warna merah menahan semua perasaan amarah, giginya diketap kuat manakala keningnya yang tebal mula bercantum, ini pertanda tidak baik bagiku kerana selama hari ini tidak pernah aku melihat bapa segarang ini dihadapan aku dan adik beradik yang lain ketika kami melakukan kesalahan. Ibu muncul dibelakangku tidak tahu hujung pangkal cerita terpinga-pinga melihat reaksi bapa, seorang yang penuh kesabaran berubah sikap sekelip mata kerana perbuatan anaknya yang tidak mengenang budi serta tidak tahu malu sepertiku yang hanya tahu menghabiskan masa berpeleseran mengejar kebahagiaan duniawi semata-mata. Adik beradik yang lain hanya mampu mendiamkan diri hanya menjadi pemerhati bebas, mereka tidak berani ingin ikut campur tangan didalam drama yang sedang berlangsung secara ‘live’ dihadapan mereka.

“Along apa dah jadi, kenapa abah marah-marah?” Soal ibuku kepada along dengan linangan air mata yang mula membasahi pipi.

“Mimi, kamu ceritalah sendiri apa yang kamu dah lakukan. Adam, kamu duduk  diam-diam jangan masuk campur.” Perintah along dengan suara yang tenang.

“Ibu, abah maafkan Mimi, Mimi dah cuba buang bayi dalam kandungan tapi tidak berhasil, nyawanya masih panjang.”

Kataku tanpa sekumit pun perasaan bersalah bersarang dihati.Bapa pantas mengangkat tangannya melempang pipiku dihadapan ahli keluarga yang lain, air mata ibu semakin deras mengalir seperti empangan yang pecah. Pipiku mula terasa pijar, bekas tamparan yang aku terima jelas dimata semua, kasihan pipiku berbekas cap tangan hasil tamparan yang diterima. Adam bertindak menghalang perbuatan bapa sebelum dia sempat melempang pipi kiriku. Kak Siti berdiri mengadap aku sambil memegang bahuku, dia berkata.

“Ya Allah, mengucap Mimi kamu dah gila ke? Kalau kamu tak ingin nak bela anak kamu bagi kak long, akak dua tahun menunggu baby tapi masih belum ada rezeki kamu yang dah ada nak buang! Mengucap Mimi ingat hukuman Allah…”

Bunyi esakkan tangisan dari ibu dan kak Siti yang bersedih diatas semua perbuatanku mula kedengaran memenuhi ruang tamu, sedangkan aku tidak sedikit pun menangisi dan menyesali perbuatan yang telah aku lakukan mungkin kerana tiada perasaan takut kepada Allah S.W.T yang telah mencipta aku serta memberiku peluang untuk terus hidup didunia ini. Aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku, yang aku pasti pipiku masih terasa perit kesan ‘hadiah’ dari bapa kesayanganku.

“Adam, abah rela kamu bernikah dengan Mimi untuk menutup aib kami sekeluarga. Pertukaran agama kamu kita buat dipejabat agama minggu depan. Selesai hal kamu menukar agama, kamu dan Mimi ambil kursus perkahwinan. Lengkapkan diri kamu dengan ilmu agama sebelum anak kamu lahir kedunia dan jagalah Mimi sebaik-baiknya, jadikan dia isteri yang solehah disisi kamu.”

Kata abah didalam sebak, menahan diri dari menangisi perbuatan anaknya yang tidak mengenang budi. Kata-kata abah begitu menyentuh hatiku, kerana abah tidak sedikit pun memarahi Adam, sebaliknya memberi amanah kepadanya untuk menjaga dan mendidikku menjadi seorang wanita, isteri dan ibu yang solehah disisi Islam. Adam mengangguk-angguk kepala seperti burung belatuk tanda mengerti dengan permintaan abah. Adam kemudiannya bersalaman dan meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Adam telah kembali ke Kuala Lumpur, tetapi drama yang sedang berlangsung  dirumahku masih belum sampai ke penghujungnya. Ibu dan Kak Siti masih berendam air mata, abah yang marah dengan perbuatanku bertindak mendiamkan diri, manakala adik beradikku yang lain telah menghilangkan diri. Aku lantas bangun, berjalan menuju ke dalam bilik, duduk berhadapan cermin merenung perutku yang bakal memboyot beberapa bulan lagi.

‘Wajarkah aku mengandungkan anak ini?’
‘Bagaimana pula dengan sijil kelahirannya nanti?’
‘Apa pula kata orang keliling?’
‘Bagaimana pula setelah anak aku tahu, dia anak tidak sah taraf?’

Semua persoalan ini bermain-main difikiranku, kepalaku mula berpusing-pusing, pening otakku memikirkan soalan yang berpusu-pusu muncul dibenakku secara tiba-tiba. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berbaring diatas katil sambil memejam mata.



Adam telah selamat sampai ke rumah abangnya di Kuala Lumpur, namun segala perihal berkenaan dengan dirinya tidak dimaklumkan kepada sesiapa pun termasuk ahli keluarganya dikampung, hatta kepada abangnya juga tidak diberitahu. Adam mencari jalan supaya dia dapat keluar dari rumah abangnya dan segera berpindah dari situ dengan segera sebelum abangnya dapat menghidu perbuatannya dan memaklumkan kepada keluarga dikampung, Adam bercakap dalam loghat Sabah.

“Ray, kamu ndak(tidak) kirja(kerja) nie ari(hari)? June ada dirumah atau sudah pirgi(pergi) kirja?”

Adam memulakan bicara tanpa memandang muka abangnya, Remy yang sedang leka menonton tv tidak segera menjawap. Dia menoleh ke arah Adam yang duduk bersebelahan dengannya tanpa perasaan ragu-ragu atau curiga dia menjawap tanpa memandang muka Adam.

“Saya cuti, June kirja kanapa(kenapa)? Ko(kau) mahu pinjam duit ka(ke)?”

Remy berfikir mungkin Adam mahu meminjam duit daripadanya jika tidak masakan dia mahu bertanya soal isterinya, dia pasti ada udang sebalik mee. Malas Remy melayan sikap Adam yang malas bekerja dan lebih suka membazir masa berpeleseran berlagak seperti orang kaya.

“Eh, ndak laa…”

Kata Adam menidakkan telahan abangnya, dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.
“Ray, sa(saya) mau(mahu) tinggal di hostel tempat karja sa boleh ka? Tu hari sa nyaris dirompak masa jalan pulang jam 12 malam…  Mujur jaa(saja) ada kawan sa dibelakang tolong sa…”

Adam mereka-reka cerita untuk meyakinkan abangnya tentang keselamatan dirinya yang terancam jika dia balik lewat dari kerjanya. Remy berfikir sebentar, mungkin juga apa yang dikata adiknya adalah benar kerana kawasan perumahan mereka yang tidak selamat kerana terdapat ramai warga asing di sekeliling rumahnya. Sudah menjadi tanggungjawabnya menjaga kebajikan adik kerana mereka berdua jauh dari ahli keluarga yang lain.

“Siapa-siapa laa kawan ko dihostel? Mana tempat hostel ko?”

Remy tidak segera memberi kebenaran kerana takut adiknya mengulangi perangai lamanya suka menjerat mangsa, akibatnya nanti pasti dia yang menanggung segala kesalahan adiknya itu. Adam kegelisahan pasti Remy tidak mahu memberi kebenaran fikirnya.

“Ray, sa tau ko mahu juga jaga sa… tapi sa dah besar boleh jaga diri sendiri bah... Ndak usah laa ko bimbang nanti pandai laa sa kasi(bagi) tau dia orang mummy daddy dikampung… ”

Adam cuba meyakinkan abangnya dengan kata-kata yang diucapkan.  Remy berfikir lagi sebelum memberi kebenaran kepada adiknya, dia juga pasti isterinya membenarkan Adam pergi kerana mereka perlukan ‘privacy’. Haha nanti boleh laa June berpakaian seksi depannya didalam rumah Remy mula berfikiran nakal.

“Okey, jaga diri. Jangan kau ulang perangai lama kau Jackie kacau anak orang atau buat hal ditampat(tempat) baru, kalau kau berani-berani buat hal pecah kepala ko!”

Remy memberi amaran keras kepada Adam yang selalu membuat onar di tempat tinggal mereka. Peluang yang diberi oleh abangnya digunakan sebaik-baiknya oleh Adam. Dua minggu selepas Adam berpindah keluar dari rumah, dia menghantar pesanan ringkas kepada abangnya memaklumkan tentang pertukaran agamanya serta tarikh pernikahannya yang akan berlangsung dalam tempoh sebulan lagi di Ipoh, Perak negeri kelahiran Mimi bakal isterinya. Pesanan ringkas Adam dibaca oleh Remy, pening otaknya memikirkan tingkah laku aneh adiknya yang secara tiba-tiba sahaja ingin berkahwin. Pantas tangannya membalas masej daripada Adam.

‘Jadilah kamu suami yang baik serta bertanggungjawab kepada isteri kamu, jangan kamu ulangi lagi sikap kamu yang gemar berfoya-foya dan suka mencari masalah.’

Remy memaklumkan perihal pernikahan adiknya Adam dengan Mimi kepada isterinya yang tercinta June, kerana cinta June dia sanggup menukar pegangan hidup serta agama daripada Kristian kepada Islam. Remy pasti Adam juga bakal menerima tentangan hebat dari keluarga seperti mana dia dahulu sewaktu dia baru menukar agama.

“Honey, Jackie nak kawin, majlis dia nanti kita pergi nak? Ipoh, Perak okay?”

Remy bertanya kepada June yang sedang sarat mengandung, June hanya mampu tersenyum. June berasa pelik Jackie yang sebaya dengan dirinya hendak menamatkan zaman bujang pada usia seawal 22 tahun, dia pasti ada udang disebalik mee.

“Aik, kenapa adik you tiba-tiba nak kahwin? Dengan budak Perak! Pelik bin ajaib… Bila masa adik you ada ‘girlfriend’ orang Perak? Remy jangan main-main ‘ini serius’, you buat lawak ke? It is not funny okay!”

June yang kehairanan menyoal bertalu-talu kepada Remy sempat pula dia meminjam kata-kata ‘Wonder Pets’. Dia berasa was-was dengan berita yang baru dia terima sebentar tadi, pada pendapatnya pasti ada ‘sesuatu’ yang menyebabkan Adam berkahwin secara tergesa-gesa memang ada udang sebalik mee fikirnya. Remy melihat reaksi June, namun dia tidak terkejut mendengar soalan June yang bertalu-talu, dia terkejut kerana dahi isterinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu sedangkan June bukan seseorang yang mudah berfikir sehingga berkerut dahi.

“Honey, fikir apa teringin nak cepat tua ke? Berkerut-kerut dahi...”

Soal  Remy sambil mengusap-usap belakang badan isterinya. June yang tadinya berkerut-kerut dahi memikirkan soal perkahwinan adik Remy, mula melentokkan kepala ke dada bidang suaminya.

“Daddy, you tak rasa ke adik you sembunyikan ‘sesuatu’ dari kita?”

June menyoal Remy dengan lagak bersahaja, Remy pula tersentap dengan soalan yang diajukan oleh June. Remy merenung ke dalam anak mata June yang berwarna hazel.

“Kenapa honey tanya macam tu?”
“Dady, honey pelik sebab bila kala(masa) Jackie jumpa budak Perak? Setahu I girlfriend dia yang keliling pinggang semua kita kenal, terbaru budak satu company tempat kerja kita juga outlet Ampang Park yang pakai Myvi, kalau tak salah laa…”
“Honey jangan kata you pelik I lagi pelik tau… Tetiba(tiba-tiba) je nak kahwin siap tukar agama lagi.”
“Hah tukar agama! You mean convert to ISLAM?!”

Bertambah pelik June, kerana Jackie sanggup menukar agama sekelip mata dengan kelakuannya yang selalu melampaui batas agama Islam pening otak June memikirkannya, tetapi June malas meletihkan otaknya memikirkan masalah Jackie cuba menonton TV disamping suami tersayang. Tiba-tiba June, menjerit tapi tidak kuat namun mampu membuat suami tercinta panik.

“Daddy!”

Remy yang terkejut pantas bangun dari pembaringan, hilang moodnya yang sakan mengikuti cerita yang sedang ditayangkan.

“Did you think what i am thinking?”

June menyoal Remy dengan matanya yang sengaja dibulatkan, bertambah besar mata June. Remy menggeleng-geleng serta menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, kemudian dia memberhentikan semua perbuatannya dia membalas renungan June... Mukanya dirapatkan ke arah June.

“Honey, I bukan nujum pak belalang... Cakap jer laa...”

Remy sedar pasti isterinya fikir dia ingin menciumnya, selesai dia berkata-kata dia pantas mencium pipi isteri tercinta membuatkan June terkejut, ternganga mulut June dengan reaksi spontan Remy.

“Apa laa you nie main tipu...”

June berpura-pura marah dengan tindakkan Remy yang suka mempermain-mainkannya.

“I think ‘that girl’ trap him!”

Kata June sambil matanya tidak berkelip memandang muka Remy yang kelihatan keliru dengan kenyataan yang diluahkan, Remy seakan-akan tidak percaya dengan kenyataan yang keluar dari mulut comel isterinya.


Kalau terasa sedey menangis jer... Tapi yana skunk mood happy & bahagia... Kawan2 jangan lupa komen... Kalau ada salah silap mohon tunjuk ajar... Bab 2 siap 1 malam so kalau tak berapa bagus so sorry... Mina sang totemo dai suki desu-Saran go...  

7 comments:

  1. menarik cerita ni... suspen... kalau anda buat novel adamimi ni saya sanggup beli !

    ReplyDelete
  2. Teruskan.... kisah benar ya... menarik

    ReplyDelete
  3. bru ade kesempatan nk bc,,,hmm,best la cite ni..tapi bab 2 ni mcm tergesa-gesa je nk cite ttg bagaimana adam n mimi terpaksa kwin,,,hmm anyway tjuk anugerah terinda ni lbh ssuai dengan cite ni

    ReplyDelete
  4. TSNBM: TQ...4 ur support...
    Noraz: TQ kak... Doakan laa agar budak nie capat2 bertaubat...
    Kyah: Haha bkn tergesa2 dia cuma bg tahu dulu kat family Bab 3 lagi menarik rasanya laa...

    TQ very2 much 4 ur support...

    ReplyDelete
  5. best ! inilah yang sy katakan pnulis sbenar...banyakkan lagi menulis,ramai menantikannya

    ReplyDelete
  6. Farid: tq sebab selalu menyokong karya saya

    ReplyDelete
  7. Qaseh Qaisara:
    Tahniah penulis. sebuah karya yang bagus.

    ReplyDelete