K!P@$ $u$@H H@t!

Friday, December 3, 2010

Wonderfull Life

BAB 11

          Onizuka berpakaian ala-ala Hip Hop, rambut di gel pacak’, berseluar baggyserta mengenakan t-shirt  jenama Renoma berwarna hijau muda menyerlahkan gaya seperti seorang penari Hip Hop. Manakala Catherine memakai baju punjabi serta mengenakan sedikit solekan nipis. Catherine dan Onizuka bukan sengaja memakai pakaian sebegitu kerana tema untuk pertandingan suku akhir Hip Hop untuk krew lelaki manakala Hindi style untuk krew wanita. Bulat mata krew memandang ke arah Onizuka dan Cahterine, mereka tercengang-cengang tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan disebalik gaya pemakaian Catherine dan Onizuka janggal rasanya melihat coordinator krew berpakaian sebegitu.

           Mr Oni, Wierd! It must be some thing’s seems not right...Bell bersuara sebaik sahaja dia melihat coordinator krew berpakaian lain daripada kebiasaan.
          Ladies and gentz, tema untuk pusingan suku akhir yang dinanti-nantikan Hindi power dan Hip Hop.Terang Alam selaku koreograher ADC.
          Ala, Hindi dan Hip Hop! Ewwww...Kedengaran suara sumbang dari krew Charmed.
          Habis laa... Hindi Power... Kareena Kapoor  I love you...” Sampuk Haiccarl sambil tersenyum matanya melirik pada Bell, melihat reaksi Bell yang sentiasa tenang dia tersenyum. Krew yang lain mula bersiul-siul kearah krew perempuan.
          Bawa bertenang semua, kita akan undi lagu, ketua krew sila tampil kehadapan cabut undi!Perintah Alam tangannya menghala ke kotak undian.
          Minta-minta laa dapat lagu yang senang.Bell berdoa didalam hati sambil memejam mata.
          Hehe... Buat dajal bagus nie Miss Is tengah pejam mata...Haiccarl memikir yang bukan-bukan untuk mengenakan Bell tapi tidak sampai hati dia untuk mengenakan puteri hatinya itu.
          Okey semua dah cabut undi sekarang kita bergerak ke studio masing-masing untuk berlatih, krew ada masa satu jam untuk bersama saya jadi gunakan masa bersama saya dengan sebaik-baiknya.Kata Alam tegas kali ini dia bertindak sebagai penasihat sahaja.



          Bell memandang muka Girlz, kemudian dia memandang ke depan semula sebelum melangkah pantas menuju ke studio untuk berlatih. Sampai sahaja didalam studio Bell mengarahkan krewnya bersedia untuk latihan tarian suku akhir.

          Get ready in five minutes!Kata Bell tegas, mukanya selamba sahaja tanpa sebarang reaksi.
          Bell , betul ke Hindi Power??!! Serius??!!Soal Diedie yang masih tidak percaya.
Awak nampak saya macam main-main kah??” Soal Bell kembali kepada Diedie sambil mukanya dirapatkan ke muka Diedie.
          Krew kita dapat laguCrazy Kiya Re dari filem Dhoom 2.Ringkas penerangan daripada Bell.
          Haha... Korang boleh aa Bell berangan jadi Ashu jap... Huhu... Comel tak??Soal Bell sambil membuat muka comel, bagi sesiapa yang tidak kenal dengan Miss Cold pasti menganggap dia sebagai angle’.

          Bell mula memainkan lagu, sambil menari sendirian tanpa menunggu Alam atau berlatih bersama krewnya yang masih terkedek-kedek belum bersedia. Dia membayangkan dirinya sebagai Aishwarya Rai pelakon utama cerita Dhoom 2. Sedang dia asyik menari , Alam melangkah masuk kedalam studio. Alam tersenyum meligat gelagat Bell yang begitu teruja menari mengikut rentak lagu filem Dhoom 2, dia mengalih pandangan kesisi krew Girlz yang lain menjungkit bahu. Alam bertindak pantas menekan butang stop di player mematikan sound sistem membuatkan tarian Bell terhenti. Bell membuka matanya, dia terpandang Alam yang sedang berdiri sambil mencekak pinggang mengadapnya, muka Bell berubah warna segera dia menutup pipi menggunakan kedua-dua belah tangan. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan untuk menenangkan perasaannya semula.

So Mr Alam, what do you think??Soal Bell dengan perasaan gelisah dan berdebar-debar.  
          Hrmm... Not bad!” Kata Alam sambil mengurut-urut dagunya.
          “Alam, She’s damn good! You just said not bad!?” Dania mempamer riak tidak puas hati kepada Alam.
          “Miss Dania, kalau you tidak reti nak menilai lebih baik you tutup mulut!”  Kata Alam sambil tangannya membuat aksi menzip mulut Dania.
“Who’s the choreographer? Is me or you?” Soal Alam sambil menunjuk ke arah dirinya dan Dania sengaja membakar hati Dania yang sedang membara.
         
          Dania mula mempamer muka marah. Geram Dania dengan perlakuan Alam, dia mendengus marah. Alam memainkan semula lagu Crazy Kiya Redan segera dia menari sama seperti tarian Bell sebentar tadi, cuma dia menari dengan lebih rancak dan bertenaga seperti seorang penari profesional. Bell segera menyuruh krewnnya membuat latihan seperti yang diajar oleh Alam. Selesai menari Alam mendekati Dania.

          “This is what I called PERFECT! Understand Miss Dania.” Kata Alam perkataan perfect sengaja ditekan kepada Dania matanya tajam memerhati muka Dania yang mula tertunduk.


“Alam, we need to talk in private!” Kata Bell sambil memerhatikan tingkah laku krewnya.


          Alam dan Bell berjalan ke sudut tepi studio jauh dari pendengaran krew Girlz, mereka duduk berdua disudut itu. Bell mengeluarkan Blackberry Storm 2, tangannya ligat membuka inbox mencari masej ugutan yang diterimanya lalu dia menunjukkan masej tersebut kepada Alam.

          “Alam, ini masej yang I terima semalam, harap you dapat beri kebenaran kepada I dan krew untuk buat show lain semasa raptai dan untuk performance yang terakhir I akan buat yang sebenar. Please saya merayu, saya tak nak musuh saya menang.” Pinta Bell kepada Alam jika sekiranya Alam tidak memberi ‘green light’ pasti sukar untuknya mencari dalang yang ingin membuat dajal kepadanya.

          Alam berfikir sejenak, kepalanya didongak keatas siling, bagaikan ada skrin jawapan kepada soalan Bell diatas bumbung. Dahinya berkerut seribu, sukar untuk dia mempercayai kata-kata anak didik Linda dengan kejadian yang menimpa dirinya. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu kemudian dia memandang wajah  krew Girlz satu per satu. Masing-masing kelihatan ceria berlatih tarian yang perlu ditarikan semasa peringkat suku akhir. Sambil merenung tepat kedalam anak mata Bell, Alam berkata, “Saya benarkan dengan syarat tarian kamu perfect semasa latihan didalam studio, lagu kamu diatas pentas akan saya tukar semasa raptai. Lagi satu, perkara ini seharusnya kamu maklumkan kepada pihak pengurusan terutamanya Onizuka atau Catherine.Faham!”

          “Wakata! (Faham)” Kata Bell didalam bahasa Jepun membuatkan Alam terpinga-pinga.
          “Sambung latihan!” Arah Alam yang masih tidak memahami apa yang dikata Bell.

Bell kembali menyertai sesi latihan bersama krewnya, mereka kembali berlatih bersungguh-sungguh dengan tunjuk ajar Alam.

Girlz teruskan latihan. Isabella ingat pesanan saya.Kata Alam sebelum beredar meninggalkan krew Grilz.

 Bell memandang wajah krewnya satu per satu, Dania, Diedie, Rina dan Rienie yang sedang kusyuk meneruskan sesi latihan. Bell memicit-micit kepalanya yang mula terasa pening belum pun dia menerangkan kepada krewnya dia sakit kepala.

“Girlz, I need to tell you something important. Tolong bertenang lepas dengar berita ni, I dah pun berbincang dengan Alam.”Kata Bell dengan suara mendatar.

Girlz yang sedang berlatih, segera menghentikan latihan dan duduk mengelilingi Bell, mereka merenung muka Bell yang cemberut riak muka Bell menggambarkan tentang kesulitan yang bakal mereka hadapi.

“Bell, terangkan apa yang berlaku. Aku tahu dari semalam kau sorokkan ‘something’ dari kami semua.” Dania meminta Bell berterus terang tanpa perlu dia menyembunyikan hal berkenaan dirinya.

Bell menunjukkan pesanan ringkat yang berbaur ugutan yang diterimanya semasa majlis pembukaan berlansung semalam. Krew Girlz terkejut beruk melihat ugutan dari sistem pesanan ringkas yang diterima Bell, mulut masing-masing ternganga luas boleh masuk lalat terbang. Bell hanya mampu tersenyum, namun senyumannya hambar, tawar seperti air tiada gula segera dia memaklumkan krewnya mengenai perbincangannya dengan Alam.

“Girlz, raptai nanti Alam akan tukar lagu lain so nanti pandai-pandai laa korang nie jadi kura-kura dalam perahu, pura—pura tak tahu. Berlakon macam kita nie belum bersedia. Boleh??” Bell meminta persetujuan dari krewnya.
“Tergamaknya ada yang nak anaya kita hal ni tak sepatutnya berlaku. Ada yang nak kena lombok (cili) nie!” Kata Rina dalam nada geram dan marah.
“Rina, sabaq(sabar). Kalau aku comfirm dah kena ganyang Bell si pengirim sms nie. ”Kata Diedie pula.
“Stop it, kita buat ja macam yang telah Bell rancang dengan Alam buat sementara waktu demi keselamatan krew kita. Pasal pengirim sms tak bertauliah tur, pandai-pandai laa Bell upah penyiasat persendirian ataupun minta tolong Shinichi Kudo penyiasat terhebat Detaktif Conan!”
“Dania, tolong jangan nak wat lawak PANDAI boleh tak? Mana ada Detaktif Conan, ko nie otaku animated la...” Kata Bell geram dengan gelagat setiap krew Girlz yang menambah serabut otaknya.

Latihan tarian diteruskan lagi setelah semua krew Girlz selesai merepek yang bukan – bukan.

          Sewaktu raptai persembahan Alam dan Bell menjalankan misi mereka untuk mengaburi penghantar sms tidak bertauliah tujuannya cuma satu ingin memerangkap si penghantar sms.

‘Wahai mahluk tuhan yang durjana berhati busuk berbau bangkai, aku harap kau muncul!’ Kata Bell didalam hati.

Ketika lagu dimainkan untuk raptai Girlz di pentas, krew lain bertindak memerhatikan gerak tari yang bakal dilakukan oleh krew Girlz yang sentiasa mendapat pujian daripada Alam selaku choreographer ADC. Seperti yang telah dijangka oleh Bell mahluk dujana yang ingin mendajalkannya pasti akan bersuara takala dia membuat raptai. Sabrina melangkah kearah Bell, dia berjalan disekeliling Bell dengan pandangan sinis.

Huh! Cam ni (macam ini) ke persembahan serang bekas juara?! Kalau cem(macam) tu  I pon boleh laa jadi juara kali nie...” Sindir Sabrina dengan muka angkuh nada suaranya sengaja dikuatkan agar semua krew dengar apa yang diperkatakannya.
“Kenapa ko boleh buat lebih baik ker?? Ada aku kesah?? Kalau nak jadi JUARA amiklah... Do I care??” Soal Bell kembali kepada Sabrina mukanya dirapatkan kepada Sabrina, anak matanya memberi jelingan tajam kearah krew Charmed yang berlagak.
“Sabrina, MOVED! Jangan mengganggu pentas I , Is pastikan kamu bersedia dipentas jangan buat lagi perangai kalau tak mahu digugurkan dari ADC. Faham!” Arah Alam kepada Sabrina manakala Bell menerima sindiran hebat dari Alam walaupun lakonan semata-mata.
“Is, aku rasa aku tahu saper mangkuk tingkat yang anta(hantar) sms tur kat ko.” Kata Dania berbisik ke telinga Bell matanya terarah kepada Sabrina.
“Is, berlatih dan datang balik lepas 30 minit.” Alam memberi arahan kepada Bell.

Bell berjalan ke tepi dewan bersama-sama krewnya memberi laluan kepada krew The Youth membuat latihan dipentas. Gaya tarian Hoon Bin agak menarik dimata Bell, matanya memerhati gerak tari Hoon Bin sambil kakinya ligat menari mengikut rentak tari mereka. Krew Wakakah berasa hairan dengan persembahan krew Grilz yang tidak berapa gempak, kebiasaannya krew Girlz akak dipuji oleh Alam tetapi nyata persembahan mereka teruk pada hari tersebut sehingga disuruh berlatih lagi dibelakang pentas. Sementara Bell sibuk menari, Rienie, Rina, Diedie dan Dania sibuk mengikat tocang lipan dikepala  masing-masing.

“Girlz, ready!” Arah Bell dia hanya mampu menggeleng-geleng kepalanya melihat telatah krewnya berambut ala-ala lipan hidup dikepala.
“Belum aaa...anak lipan baru separuh yang hidup nie...”Kata Dania sambil tersenyum kambing ke arah Bell namun tangannya masih cekap menambah bilangan tocang dikepala.
“Nia, tak nak tambah lipan atas kepala saya ke?”Soal Bell memerli Dania.



Selesai acara raptai krew ADC dihantar ke bilik kostum untuk mencari costume yang sesuai dengan lagu masing-masing. Terpegun mereka melihat bilik kostum sebesar gudang menyimpan barang, deretan kostum pelbagai jenis memenuhi ruang gudang  peralatan tambahan yang boleh digunakan  bersama-sama kostum terletak dihujung baris.

Sabrina yang gila berfesyen berasa tersangat teruja terus melangkah kearah deretan baju yang tergantung dan memulakan pencarian kostum. Krew yang lain juga turut mengikut jejak langkah Sabrina yang sibuk membelek baju-baju yang tergantung kecuali krew Grilz. Bell mengeluarkan diary kesayanganya memulakan tugasnya mencipta watak untuk krewnya. Tangannya ligat melukis watak yang dirasakan bersesuaian dengan karektor yang dicipta untuk acara suku akhir.

  “Korang Is dah siap!”Kata Bell kepada krewnya, mereka tercengang-cengang dengan ayat tergantung dari Bell.
“Saya dah cipta watak untuk kita berlima. Faham?” Bell memberi penerangan tentang watak-watak yang direkanya sambil menunjukkan karektor kartun yang telah dilukis.
“Is aku tak setuju... Ada ke patut aku ko suruh jadi  miss clumzy tak nak!” Bantah Diedie tegas.
“Cik Diedie sayang kamu nak jadi apa?” Soal Bell nada kemarahannya masih dapat dikawal.
Gothic! Senang cket nak cari uniform...” Pinta Diedie dengan muka kasihan.
“Okies(okey)!” Kata mereka berempat serentak ditepi telinga Diedie sengaja mereka mengenakannya.
“Now moved!” Arah Bell yang memulakan pencariannya.

Setelah Bell berlalu meninggalkan krewnya berempat mereka, mula berpakat untuk mengenakan Isabella didalam diam.
“Apa kata kita buat Is jadi Miss Sexy nak??” Soal Dania berbisik ketelinga rakan-rakannya, mereka tersenyum nakal tidak sabar rasanya ingin mendajalkan Bell.
‘Bell wait for tomorrow. Mesti ko terkejut. Hehehe....’Gelak Dania didalam diam, setelah ideanya disokong oleh krew yang lain.

6 comments:

  1. best,,tapi klu cite kn lbh lg ttg ugutan yg dterima girlz ok jgk....rs nk taw ape sb mereka dpt ugutan

    ReplyDelete
  2. kyah: cuba baca N3 yang sebelum ni... Sbb dalam tur dah bg tau kut Si Sabrina tu iri hati kat Bell...

    ReplyDelete
  3. tp knp iri hati sgt,,haha,,xkn smata2 sb ptandingan je.sb bell lbh bagus dr die or xkn sb haiccarl

    ReplyDelete
  4. sbb dulu Bell juara & dia selalu dapat perhatian... :) biasa laa org lain selalu perasan bagus akan dengki ngan org yg mmg bagus...

    ReplyDelete
  5. ok..akk cpt2 smbung ek,,xsabar nk bc

    ReplyDelete
  6. Kyah: Kalau rajin nnt baca aa cter terbaru dari akak dah ada kat P2U... prolog yang bab1 blm aa agi...

    ReplyDelete