K!P@$ $u$@H H@t!

Thursday, January 13, 2011

Wonderfull Life

BAB 12

Langit yang gelap mula dipenuhi bintang, dewan yang tadinya kosong mula dibanjiri penonton. Debaran peringkat saringan mula terasa bahangnya. Dania telah menjalankan misinya, dia telah menukar kostumnya dengan kostum milik Bell, segera dia masuk ke dalam bilik mekap bersembunyi daripada Bell. Manakala Bell kaget kostumnya hilang disaat akhir dia ingin bersiap, dia tercari-cari kostumnya didalam bilik persalinan, diatas kostum Dania terlekat nama Bell. Bell kehairanan, disebabkan kesuntukkan waktu segera Diedie dan Rienie menyuruh Bell memakai pakaian tersebut dan bersiap kerana pasti dania telah ada pakaian lain.

“Is, I think better you change the dress now. Go! Go! Go!” Kata Rienie merujuk kepada kostum yang dipegang Bell.
“Hurry girl, time's running up!” Kata Diedie pula.
“Rienie, ini bukan kostum yang I pilih, ni kostum Dania.”Kata Bell Keresahan.
“No, Is. Dania aku nampak dia dah guna baju dia tadi, dah masuk ke bilik mekap pon nak bersolek.” Sokong Diedie, sambil menolak badan Bell ke bilik persalinan menukar kostum.

Bell menggunakan baju yang dipilih oleh Dania, sepasang baju punjabi berwarna putih dengan tona merah menaikan seri muka Bell. Dia berdiri dihadapan cermin, tenggelam gayanya sebagai Miss Cold nampak seperti ‘angle’ manis. Bell menggeleng-geleng kepalanya seakan-akan tidak percaya itu adalah dirinya.

Onizuka meminta Girlz bersedia dibelakang pentas kerana sebentar lagi, mereka perlu membuat persembahan. Keadaan diluar dewan bingit dengan sorakan  penonton yang menggilai persembahan dari Storm, selesai persembahan tibalah masanya mendengar komen juri profesional.

“Storm, sepatutnya pergerakan kamu lebih kemas this is Hip Hop guyz...Think fast if you need place in FINAL.” Sengaja Phoebe mengkritik pedas kepada Storm, Phoebe tidak berpuas hati terhadap spin head yang dilakukan oleh krew Storm tidak kemas kalau tersilap pasti mengundang bahana.

Storm menerima kritikkan pedas tertunduk membisu, mereka sedar spin head seharusnya tidak boleh ada kesilapan jika tidak pasti patah tengkuk. Bell tidak menyangka auntynya, Phoebe menjadi salah seorang panel juri jemputan untuk malam pembukaan ADC saat itu juga dia terasa ingin pitam. Dia dapat rasakan dunianya sekarang sedang perpusing.

“Macam mana Phoebe jadi juri! Oh my God... Please help me!” Bell keresahan, tangannya berpeluh-peluh, jantungnya berdebar-debar.
“Persembahan diteruskan dengan krew dari Malaysia, Girlz.” Kata-kata MC pada malam itu mengejutkan Bell dari lamunannya.

Lampu berwarna-warni dimainkan krew Girlz menarik nafas panjang sebelum melangkah ke pentas dengan muka manis. Girlz bersedia di posisi masing-masing, Bell membuat thumbs up sebagai tanda mereka bersedia untuk melakukan persembahan. Lagu  ‘Crazy Kiya Re’ berkumandang, Girlz memulakan persembahan. Sangka Sabrina yang anti Bell, lagu tersebut telah tersilap dimainkan oleh penjaga audio, hati syaitannya mula berkata ‘Padan muka Girlz!.’

Juri kelihatan teruja melihat aksi lincah krew Girlz, mereka menari bukan sahaja mengikut tema Hindi Power tetapi berjaya menggabungkan tarian shuffle, street dance dan hip hop. Girlz mendapat tepukkan yang gemuruh beserta sorakkan kuat sehingga keluar dewan sebaik sahaja mereka menamatkan persembahan. Debaran didalam dada bertambah kencang sementara menunggu keputusan juri untuk krewnya ke peringkat suku akhir. Girlz memerlukan sekurang-kurangnya 80% markah untuk ke peringkat seterusnya.

Didalam banyak-banyak persembahan malam itu, hanya krew Wakakah yang boleh memberi saingan terhebat kepada krew Girlz. Tarian Hip Hop yang dipersembahkan oleh krew Wakakah mempunyai kelainan yang tersendiri  uniksememangnya Wakakah merupakan saingan terhebat untuk Girlz. Juri banyak memuji teknik tarian yang dilakukan oleh Wakakah dan untuk itu krew mereka diberi mata extra untuk teknik yang dilakukan didalam persembahan mereka.

Semasa juri membincangkan tentang markah dan kualiti persembahan krew-krew dikehendaki membuat persembahan extra, tiada latihan yang dilakukan oleh krew mereka perlu pandai menggunakan daya kreativiti sendiri untuk meraih tumpuan dan undian  dari penonton kerana krew yang dipilih oleh penonton akan mendapat imuniti tidak boleh disingkirkan.

“Lapan krew bertanding, dua krew akan disingkirkan. Krew yang ingin mendapat imuniti pada malam ini perlu meraih undian tertinggi daripada para penonton. Krew sila bersedia untuk membuat free style, lima minit untuk setiap krew.” Kata MC bertugas , Dj Fuzz.
“Dijemput semua krew naik ke atas pentas.”

Semua krew teruja untuk memulakan persembahan memperoleh imuniti dari penonton. Setiap krew perlu membuat persembahan yang berbeza kerana undian ditentukan oleh penonton mengikut persembahan mereka.

“Guyz are you ready please step forward and dance. Five minits only! Remember that.” Kata Dj Fuzz lagi mengingatkan mereka.
“Let’s the dance begin!” Serentak dengan itu muzik dimainkan.
Guzy are you ready?Soal Dj Fuzz microphone dihalakan ke arah krew yang terlibat...
Yeeeeaaaaah!!!!!Jerit kelapan-lapan krew serentak.
Let’s Start with Storm!
Whoooo...Sorak penonton, bergema tepukkan semasa mereka membuat persembahan.

Muzik tekno mula dimainkan, Storm cuba membuat persembahan yang terbaik namun masih nampak cacat cela kerana mereka tidak menikmati apa yang dilakukan. Pelbagai bunyi yang dihasilkan oleh penyokong-penyokong Storm.

“Next!”

Jeritan Dj Fuzz ke arah penonton. Penonton yang seakan-akan memahami memilih Charmed untuk menari. Charmed yang seakan-akan memahami kehendak penonton, menari tergedik-gedik diatas pentas dengan joget goyang gerudi Inul yang seksi, bergelek sakan berpusing 360 darjah. Penonton bagai tahu-tahu mereka perlu memilih krew seterusnya untuk menari sehingga selesai 8 krew membuat persembahan.

“Voting time!”

Laung Dj Fuzz. Penonton begitu teruja memilih krew dan hasil undian memihak kepada krew Charmed, ini bermakna nasib 7 krew bakal ditentukan oleh juri profesional.

“Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, keputusan penyingkiran Asean Dance Competition!”

Mendengar pengumuman dari Dj Fuzz penonton mula bersorak, krew memejamkan mata tidak sanggup menghadapi penyingkiran pertama. Bell berdoa didalam hati, dia berharap sangat krewnya dapat memasuki peringkat separuh akhir walaupun dia tahu krewnya tidak layak untuk ke peringkat seterusnya dengan persembahan yang kurang memuaskan sebentar tadi.

Lampu sportlight dimatikan, kemudian lima lampu yang berwarna-warni dihalakan kearah krew yang layak ke peringkat seterusnya. Bell bersyukur krewnya masih layak untuk ke separuh akhir dan dia bakal bersaing hebat dengan krew Wakakah untuk merebut tempat dia pusingan akhir ADC.

Acara malam itu diakhiri dengan pengumuman dari Dj Fuzz, krew yang tersingkir perlu memangkah nama mereka dari board ADC. Haiccarl terleka memerhatikan Bell yang masih mengenakan kostumnya country style,  berkasut bot serta bertopi ala-ala koboi. Matanya tidak lepas-lepas daripada memandang Bell yang comel dengan aksi lincah dan bertenaga mengajak penonton menari bersamanya sebentar tadi.

“Alahai tomei-tomei(comel).” Fikir Haiccarl, nasib baik dia sedar dia masih diatas pentas menanti krew yang tersingkir memangkah nama krew mereka daripada papan ADC.

Malam itu, Bell merasakan dunianya sempit dengan kehadiran ibu saudaranya Phoebe sebagai juri dipentas ADC. Bell mencari Blackberry Storm2 miliknya, dia ingin melihat jikalau ada yang sudah mengetahui perihal dia ke Jepun menyertai ADC. Jantung Bell berdegup pantas melihat satu pesanan ringkas di blackberrynya, segera dia membaca pesanan tersebut.

“Oh, pandai juga kau menipu ya?!!! Patutlah Alam pura mara-mara atas pentas rupanya korang buat drama samarinda yer... Cover line... Aku akan pastikan kau tersingkir ISABELLA MARTINEZ!!!!”
“Erghhhh...Geeerammmm...Monkey...Anak ketek... Ada jer orang tak senang ngan aku, takper ader lori ada bas ada hari aku langgar pakai traler... Biar padan muka saper yang anta sms kat aku, ada hati nak ugut orang... Ini ISABELLA MARTINEZ laa tak takut ugutan!”

Bell geram mati-mati dia ingat pesanan dari bapanya menyuruh dia pulang ke rumah agam Martinez. Dia mencari nombor handphone Edward dan mendail dengan pantas. Bell perlu tahu situasi di rumah agam sebelum bertanya tentang  ‘Phoebe’ kepada Edward.

“Moshi moshi, Edward Martinez desuka?”(Hello, Edward Martinez ada?) Bell menyamar menggunakan bahasa Jepun.
“Moshi moshi, dare desuka? Watashi wa Shinichi Kudo.”(Hello siapa? Saya Shinichi Kudo.) Sengaja Edward membalas kata-kata Bell kesayangannya begitu.
“Xixixi...”Bell ketawa kecil, manis mukanya hilang segala masalah yang melanda dirinya.
“Ed, apa citer kat umah? Mama dan papa tak mara kat Bell ker tak jadi balik? Ko pulak apa story terbaru? Citer barbie doll ker? Citer Dragonball?” Bell menyoal bertalu-talu.
“Aku okies jer... Life is so syok holiday... Program aku jamming drum kesayangan ko!” Edward menyakat Bell.
“EDWARD! Mati kau kalau aku dapat... Jangan usik harta karun aku!” Bell menjerit nama Edward, dia pasti Edward cuma menyakat dirinya takkan Edward berani menyentuh hartanya, lagipun drum berada didalam kamarnya takkan Edward masuk ke dalam biliknya.
“Hahaha... Cubalah kalau dapat.... Werkkk....” Edward tergelak besar dan menjelir lidah kepada Bell seperti Bell boleh melihat aksinya ketika itu.
“Uncle dan aunty okies, marah-marah tahap gaban tapi macam biasa laa buat salah ada denda so elaun ko kena potong RM 200.00. Hahahahaha... Baguskan idea aku?” Edward Sekali lagi mengertawakan Bell, sempat dia memberitahu ideanya yang telah disarankan kepada bapa saudaranya.
“Sengal, tak boleh laa aku nak shopping... Aku tak nak bawa balik gift untuk ko!” Bell berpura-pura merajuk membuat muka cemberut, kalau Edward tengok comfirm gelak tergolek-golek.
          “Hei, ding dong Bell ko pilih nak mana... Kena grounded atau potong elaun?” Edward menyoal Bell, dia suka kalau dapat guna trade-mark yang diberikan untuk Bell.
“Hwaaaa... Taknak... Dua-dua pon taknak...”Kata Bell yang mula meraung.
“Honey, jangan nak meraung ala-ala pontianak tepi telinga aku! Sakit otak aku tau... Pasal elaun ko, aku boleh tolong bagi bonus RM 1000.00 dengan syarat....”
“Apa syaratnya?” Bell menyoal tidak sabar.
“Ko perlu jadi juara ADC. Boleh??” Edward cuba memujuk Bell kembali, Bell adalah jantung, racun dan penawar hati Edward ketika kesunyian.
“Ed, kenapa si Phoebe beloh terlepas ikut aku dalam ADC?” Bell menyoal seperti orang bodoh.
“Such a stupid question! Phoebe dilantik menjadi juri, mulanya dia menolak tapi aku cakap ko ader kat situ tapi aku tak inform laa ko masuk ADC.” Terang Edward kepada Bell, setahunya Bell rapat dengan Phoebe.
“Tak best laa, boleh tak aku pinjam kuasa Naruto? Kaaa meee Haaa meee Haaa... Aku nak bom mulut longkang ko...” Balas Bell geram dengan tindakkan sepupunya yang dirasakan melampau.
“Ding dong Bell tak baek ko bom mulut aku, nanti camner nak kiss pipi ko yang gebu tu...” Edward kembali menyakat Bell.
“Bell mana gambar? Janji nak anta kat aku tapi berkurun lama ku tunggu gambar ko tak muncul-muncul. Mujur jer kucing aku tak tumbuh tanduk.”
“ Ed, kucing takkan tumbuh tanduk laa dia dah ada telingan yang cantik.Jap aku hantar, cantik kelas gitu. Don’t be jelous... haha...”

Bell mengirim mms kepada Edward, gambarnya yang berlatar belakangkan pesawat yang dinaiki sewaktu dia tiba di Jepun. Bell tersenyum sendirian mengenangkan tingkah lakunya, dia menggeleng-geleng kepala.

         
“Bell ada lagi orang yang nak ugut ko? Aku ingatkan kes closed lepas kita tahu siapa pengirim sms tu.”
“Kenapa? Ko nak jadi kepochi ke??”
“Isabella, salah ke kalau kami bertanya? Kalau kau rasa berdosa nak jawab soalan kami, tak payah jawab. Buat susah-susah jer...” Dania memerli Bell.
“Alah kita datang sini untuk bertanding... Correct me if i’m wrong, so just forget about ‘that’ thing...Chilled! Enjoy your self!”
“Ok!” Krew Bell mengalah.

Semua ahli Girlz pelik dengan sikap Bell, kenapa Isabella yang ganas boleh bertukar watak, biasanya jika Bell menerima ugutan dia tidak akan teragak-agak untuk mencantas musuhnya dengan apa cara sekalipun kerana itu dia boleh bertahan sebagai Miss Cold. Namun kali ini berbeza dia hanya berdiam diri tanpa membuat apa-apa serang balas kepada musuhnya, mungkin dia telah memikirkan cara untuk bertindak balas tapi belum sampai masanya untuk dia melancarkan serang balas. 

1 comment:

  1. at last!!!...best smbungan terbaru tu..tapi kalau masukkn lagi cite ttg phoebe ms jd juri lg bgus,,nk tgk ape reaksi bell dan phoebe bila bertemu face to face

    ReplyDelete