K!P@$ $u$@H H@t!

Friday, August 5, 2011

Anugerah Terindah

Bab 4

Adam sedang menaiki bus express didalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, tersenyum kambing mengingati telatah Mimi yang malu-malu kucing  menghiburkan hatinya ketika menjawab soalan ustaz, merah muka mimi menahan malu. Biarlah jika orang lain mengatakan Mimi tidak cantik, kurus seperti cicak kobeng dan tidak padan dengan dirinya yang macho dan tampan seperti anak cina, dia tidak kisah kerana dia telah bersedia memikul tanggungjawab yang sedia menanti.


Mimi semakin teruk dengan alahan pembawakan budak ataupun perubahan hormon, dia sering kali pengsan didalam rumah, dia juga mengalami tekanan darah rendah. Jika ada diantara ahli keluarga menasihatinya, dia akan buat-buat pekak dan semua nasihat yang berbakul-bakul diterima ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau lebih tepat ibarat angin lalu .

“Mimi, solat dah masuk waktu zuhur.” Tegur Puan Mariani mengingatkan anaknya Mimi yang sedang leka menonton drama.
“Nanti Mimi buatlah mak, dosa sendiri yang tanggung...” Kata Mimi selamba badak tanpa merasa bersalah melawan kata-kata ibunya.
“Budak bertuah... Menjawab kamu... Kamu tunggulah anak lahir, dia pula soal kamu mama tak solat’ jangan masa tu baru kamu ingat nak bertaubat!” kata Puan Mariani dalam nada sarkastik menyindir Mimi. Dia geram melihat Mimi yang bersikap sambil lewa dalam soal agama dan berani menjawap setiap patah kata darinya.
“Daripada kamu bercakap dengan budak bertuah Mar, ada baiknya kamu bercakap dengan dinding!”

Sampuk bapaku yang baru balik dari berkebun. Aku yang masih menonton drama membuat muka toya.

“Hisy, kamu nie Mimi memang tak pernah serik-serik?!” Kata along, tangannya telah diangkat ingin melempang pipiku yang kian menggebu semenjak aku mengandung. Belum sempat tangannya hinggap ke pipiku pantas aku menghalang.
“Kau ingat kau bagus sangat ke? Sedarlah diri!” Kataku sebal, air mata mula gugur membasahi pipi, aku berlari masuk ke dalam bilik.

Rimas aku rasakan apabila semua orang bertindak mengingatkan aku untuk kembali ke pangkal jalan, bukan aku tidak sedar tentang kesalahan yang telah aku lakukan namun pintu hatiku masih belum terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Apa guna aku bertaubat sekiranya aku masih belum menyesali perbuatan dan dosa-dosaku? Bertaubatkah aku kiranya hari ini aku insaf tetapi esok lusa aku mengulangi kesalah yang sama, mungkin kerana aku masih belum bersedia membuang dunia khayalanku menyebabkan aku tegar untuk bertaubat.


Jika pasangan lain yang bakal berkahwin pasti akan membuat persiapan perkahwinan dengan perasaan bahagia bersama-sama pasangan masing-masing tapi aku dan Adam langsung tidak membuat sebarang persiapan perkahwinan. Lebih-lebih lagi apabila hubunganku dengan Adam bagaikan langit dengan bumi yang belum pasti akan bertemu, kami masing-masing dingin dan menyepikan diri. Jika Adam sibuk dengan kerjayanya, aku pula sibuk memerap diri didalam bilik tidak keluar-keluar kerana malas untuk mendengar leteran dari penceramah tidak bertauliah a.k.a ahli keluargaku. Perutku mula berkeroncong minta diisi, aku menapak ke dapur perlahan-lahan menuju ke meja makan. Terjengket-jengket aku berjalan seperti pencuri memasuki rumah.

“Itu kamu pandai. Makan! Makan! Makan! Bila aku suruh solat MALAS!”

Kata-kata ibu mengejutkan aku, mujur aku tidak tercekik akibat disergah ibu, aku hanya mampu tersenyum kambing membiarkan ibu berleter umpama radio karat.

“Apa yang kamu tersengih-sengih? Ibu bukan tengah buat lawak antarabangsa. ”

Sebal ibu melihat aku yang tidak mendengar nasihatnya, namun seburuk-buruk tingkah laku seorang anak, dia pasti akan dimaafkan oleh seorang ibu, itu yang membuatkan diriku semakin tidak faham dengan perasaan seorang ibu.

“Ibu, lantakler ibu nak ke tepi ke, ke tengah ke, Mimi tak kisah. Apa yang penting kerjasama!”

Selamba badak aku membalas kata-kata ibu tanpa memikirkan perasaannya, tanganku laju menyuap nasi ke mulut. Ibu geleng kepala melihat reaksiku yang tidak makan saman.

“Ibu, angguk-angguk geleng-geleng...”

Aku kembali mengusik ibu, sambil bercakap kepalaku mengajuk percakapanku. Ibu pantas meninggalkan aku keseorangan didapur, aman duniaku sebentar.


Dua minggu lagi aku bakal bernikah dengan Adam, namun tiada sebarang khabar berita darinya. Otakku mula ligat berfikir yang bukan-bukan, ketika bersendirian didalam bilik.

“Rela ke Adam bernikah dengan aku??”
“Baik ke dia??”
“Macam mana keluarga dia? Marah ke??”

Tangan kananku mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Mata sengaja aku pejam rapat-rapat untuk menghilangkan segala persoalan yang berlegar-legar diminda, akhirnya ku terlelap.



“Daddy!”

June menanggil suaminya, Remy yang sedang bersantai dihadapan television masih menonton program kesukaannya saluran sukan tanpa mahu bergerak walaupun seinci. Pantas June meminjam tag line ibu, sepantas kilat suaminya bangun dan mengalihkan pandangan dari television.

“Daddy, mari mummy tolong cabut biji mata lepas tu lekat pakai gam UHU dekat television tu. Nak?”

June memulakan aksinya ingin mencabut biji mata suaminya, dia merapati suaminya yang sedang enak bersantai. Pantas si suami menarik June didalam dakapannya, dicium pipi June bertalu-talu sebelum tergelak-gelak dengan aksi June yang melawan ingin melepaskan diri dari dakapannya.

“Baby, tengok mummy nak manja-manja dengan daddy.”

Remy berbisik pada perut June yang memboyot. June pantas bangun bercekak pinggang mendengar kata-kata suaminya, matanya dibulatkan besar-besar tanpa segaris senyuman terukir dibibir sebagai tanda protes dan marah kepada suaminya. Remy bertindak pantas mencium bibir June yang munggil lantas memeluk isterinya yang sedang merajuk.

“Kenapa honey mara-marah sayang...?”

Soal Remy lembut, June tersenyum pantas membalas rangkulan Remy.

“Ray ada Jackie call you?”
“Kenapa? By the way... Nama dia Adam, ingat dia dah tukar agama dan sekarang dia dah jadi sebahagian dari kita.”
“Okey, I ingat tapi macam mana dengan majlis pernikahan dia? Tarikh nikah dia dekat sangat dengan due date anak kita nak lahir.

June memang seboleh-bolehnya tidak mahu menghadiri majlis pernikahan Adam dan Mimi, bukan dia tidak suka pada Mimi tapi sukar untuk June memaafkan kesalahan yang Adam lakukan padanya dengan sengaja. Mungkin Remy mudah memaafkan Adam kerana Adam adalah adiknya walaupun seringkali Adam menyusahkan dirinya dan June.

“Daddy, kain baju Adam dalam bilik belakang boleh mummy kemas tak? Bilik dia rasanya nak jadikan bilik tetamu, kalau mummy datang jaga i masa dalam pantang boleh dia duduk dalam bilik tu. ”

June sengaja menyoal Remy begitu kerana dia ingin menolak kehadiran adik iparnya, kemarahan June masih membara oleh itu dia ingin Adam segera lenyap dari hidupnya, namun dia juga takut kalau-kalau bayi yang sedang dikandungnya terkenan raut wajah Adam, simpang malaikat minta dijauhkan pintanya didalam hati.

“Apa-apa saja laa sayang... As long as you happy... I nak tengok bola nie Arsenal VS Chealsea.”

Remy memang malas melayan sekiranya June mengungkit hal Adam dihadapannya kerana dia sedar June tidak menyukai kehadiran Adam bersama mereka.


Seminggu sebelum hari pernikahan kami, Adam datang secara mengejut dihadapan pintu rumahku. Bapaku yang sedang enak menikmati minum petang terkejut dengan kehadiran Adam secara tiba-tiba.

“Assalamualikum...”
“Waalaikumsalam, masuk Adam gate tak berkunci.”

Adam melangkah masuk ke dalam rumah, dia duduk bersebelahan dengan bapaku. Wajahnya keruh seperti sedang menanggung kesakitan yang teramat sangat seksanya. Bapaku mula merenung wajah Adam, Adam tertunduk sebelum memberitahu hajatnya datang secara mengejut.

“Abah, Adam nak sunat.”

Bapaku tergelak-gelak melihat telatah Adam yang malu-malu kucing seperti anak dara yang malu-malu ketika menerima pinangan dari sang kumbang, merah mukanya. Setelah tawa bapaku reda dia segera melaung memanggil mak dan aku yang sedang bersantai di dalam bilik.

“Mimi, Maknya mari kedepan kita ada tetamu!”

Laungan bapaku membuatkan aku dan ibu segera melangkah ke ruang tamu, riak wajahku berubah secara tiba-tiba sebaik saja terpandang wajah Adam yang sedang tertunduk menikus. Sangkaku Adam ingin membatalkan hasrat murninya mengahwiniku belum sempat aku membuka mulut mak pantans menyoal dengan muka berkerut seribu.

“Kenapa awak panggil saya abahnya??”
“Bakal menantu awak nak bersunat!”

Kata-kata bapa membuatkan aku ketawa terbahak-bahak sehingga senak perutku, terlihat sahaja muka Adam yang kemerah-merahan menahan malu aku tertawa lagi sehingga aku terduduk di atas kerusi . Aku menyeka air mata yang meleleh akibat banyak ketawa, namun kata-kata dari ibu membuatkan mulutku seakan-akan terkunci, hilai tawaku mati dengan tiba-tiba.

“Ha, bakal laki kamu nak bersunat kamu jagalah Kak Lang!”

Kepalaku terasa seperti dihimpit batu bertimpa-timpa, aku perlu menjaga orang bersunat!!! Bagaimana caranya?? Ligat otak memikir, aku mana pernah jaga orang bersunat. Nak jaga gitu-gitu boleh laa setakat bagi minum air atau makan memang tiada masalah tapi jika bab tut... Memang aku tak sanggup. Pantas kepalaku tergeleng-geleng.

          Sempat lagi aku bermonolog sendiri sambil merenung ke wajah ibuku.

“Kenapa muka kamu pucat Kak Lang???”

Soal mak secara spontan. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal dan beredar meninggalkan mereka yang masih sibuk berbincang hal Adam. Lemah seluruh urat sendiku memikirkan permintaan emak.

Soweee... Maap... Lambat sambung cter nie... Kalau saper nak komen ke kondem ke sila lakukan... Boleh Yana berusaha memperbaiki diri... Lastly thank to you kerana membaca

7 comments:

  1. plot cite ringan...dan streotype..cube bt berat sikit pastu bt kelainan...kisah mcm dh biase tgk ..haha aku bace gtu2 jew..jgn amik peduli ape aku komen..klaka bab..terutama bab adam sunat.. - Penjejak Neraka (NWO2)

    ReplyDelete
  2. dr segi plot saya sokong anonymous............ cerita ni menarik. lau boleh usaha lagi. walaupun penulisan dh menarik atau bagus perlu diusahakan lagi.

    ReplyDelete
  3. suka tntg sunat tu jer,,bab len asany mmng dh besa tgok,apa2 pn gud job,,tggu sambungn strusny,,hrp lbh gempak lg.^L^,

    ReplyDelete
  4. haha...adehhh...aiyooo...alid bru bce bab nih...xtau ape citer dye..haha..lawak la bahagian nk bsunat tu...ish3....tp maybe perlu usaha lg..nmpk ringan jer citer nih...better isi item yg lbih bguz lg...xde la org boring bce...

    ReplyDelete
  5. mmg best...ed harap di phujung ada sisa cinta yg tersimpul rapi di antara 2benua,
    salam dri ed...utk mu...

    ReplyDelete
  6. huhuhu haha time adam nk sunat tu klakar...tp pape pon menarik jgk cite ni kak yana...hihi ble lg nk smbg nye,x sabar ni....by dya comel

    ReplyDelete