K!P@$ $u$@H H@t!

Tuesday, August 24, 2010

Wonderfull Life


BAB 1

          Pagi yang nyaman, udara segar dengan angin sepoi–sepoi bahasa lembut menampar ke muka. Penampilan Bell kelihatan kemas di pagi Isnin lengkap beruniform kolej dan berkasut sukan berbeza dengan hari–hari kuliah yang lain. Rambutnya yang biasa dilepaskan bebas, diikat ponny tail dikiri dan kanan, wajahnya tampak comel dan berseri memukau mata yang memandang.

          Bell sememangnya aktif dengan aktiviti kolej, setiap kelab akan mengambilnya menjadi presiden atau penasihat bagi kelab mereka, dia begitu disayangi oleh seluruh warga kolej. Tetapi rutin pagi Isnin yang tidak dapat dia lupakan, membaca buletin pagi kepada setiap pelajar, menjadi tanggungjawabnya sejak sekian lama. Selesai membaca buletin, Bell melangkah keluar dari konti menuju ke cafe. Di cafe Bell selalu menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan krew tariannya ‘GIRLZ’.

          Disepanjang koridor menuju ke cafe banyak mata yang mencuri pandang ke arahnya. Walaupun mukanya tampak manis dengan penampilan yang bersahaja tetapi itu tidak menghalangnya untuk menjadi ‘Miss Cold’ dia menjadi sedingin ais kerana keadaan yang memaksanya, dia rimas dengan orang sekeliling yang suka memandangnya seperti seorang pesalah.

          “Apa pandang–pandang jeling–jeling! Macam tak pernah tengok orang. Lalu!”

          Bell menengking dengan suara yang nyaring. Terkejut semua yang berada disekelilingnya dan mereka memberi laluan kepada ‘Miss Cold’. Bell meneruskan langkah menuju ke café, sempat dia menoleh ke arah koridor untuk melihat gelagat pelajar yang seakan baru tersedar dari tengkingannya. Bell tersenyum memerhati gelagat mereka.

          ‘Nasib korang laa, siapa suruh tengok aku sampai biji mata nak terkeluar, macam tak pernah nampak orang.’ Bell berkata didalam hati.

          Bell memerhati di sekeliling café memastikan rakannya juga berada disitu. Kelihatan Yaya selaku P.A kepada Bell telah sedia menunggu dia dimeja bersama rakannya Lena dan Bebey serta ‘GIRLZ’. Mereka sibuk membincangkan tentang pertandingan yang akan diwakili oleh GIRLZ di Tokyo,Jepun.

          Bell, kenapa muka merah macam udang kena bakar??” Soal Lena sambil tersenyum kepada Bell.
          “Huh! Macam ko tak tau…atau ko sengaja buat tak tau??” Soal Bell yang masih geram dengan tindakkan junior kolejnya. Macamlah rakannya itu tidak tau dia lepas menengking kepada semua pelajar di koridor.
          “Isabella Matinez…sudah laa tu, tak payah ko nak gado-gado(bergaduh). Sekarang ko dah fofuler(popular), so sepatutnya ko bersyukur bukan menengking orang tak tentu pasal macam mak lampir.” Bebey mencuba nasib menenangkan ‘Miss Cold yang sedang dalam mood marah.
          “Aku bosan semenjak aku tukar penampilan ni ramai pulak yang pandang–pandang jeling–jeling, aku rasa macam orang bersalah.” Bell meluahkan perasaannya dan membuat muka sedih.
          “Dah laaa...tak perlu ko nak sedih-sedih, daripada ko sedih baik kita semua pergi makan. Ada juga faedah, nak tak??” Soal Bebey kepada semua.
          “Jom” kata mereka serentak.

          Bell Kembali tersenyum. Mereka makan sambil berbual-bual mesra. Yaya mengingatkan Bell tentang tugasan extra yang perlu dilakukan setelah balik kuliah. Hari ini kuliah Bell tidak sepadat hari lain dia cuma perlu menghadiri tiga kelas sahaja oleh itu, dia bercadang untuk ke perpustakaan.

          “Jom teman aku pergi libarary” Ajak Bell
          “Library!” rakannya bersuara serentak.

          Masing-masing cuba untuk melepaskan diri untuk tidak meneman bell ke perpustakaan. Mereka cuba memikirkan alasan terbaik untuk tidak menemani Bell. Krew Bell terus berlalu setelah mendengar cadangannya kerana mereka sememangnya tidak suka ke perpustakaan tetapi, kalau bercerita tentang lelaki mereka akan tumpang sama mendengar dan bercerita.
         
          “Bell, sebelum aku terlupa nie ada orang kirim untuk kamu” Bebey memberi surat kepada Bell.
          “Sapa (siapa) yang bagi??” Soal Bell.
          “Senior” Sepatah kata Bebey.
          “Mengadalah hang Bear, berapa kali aku nak habaq kat hang pa. Aku tak suka komer jadi ‘Post Girl’ a.k.a Postmen.Hehe...Tapi Bear takkan surat ja benda-benda lain takda?? hadiah ka?? Coklat ka?? Kalu (kalau) tak pon bunga-bunga cinta... ??”

 Bell bercakap dalam lorat utara yang baru dia pelajari daripada rakannya Rohiza a.k.a Bebey @ Bear. Bell sengaja menyakat mereka. Terkulat-kulat mereka melihat Bell yang seakan- akan gembira menerima surat daripada peminat misteri. Pelik mereka dengan perubahan sikap Bell kerana sebelum ini Bell dingin terhadap peminat-peminat misterinya dan bertindak membuang semua surat atau memberikkan hadiah yang diterimanya kepada orang lain yang lebih berminat kepada hadiah tersebut.

          “Dah jom pergi library tak payah korang tenung aku dan buat muka macam ayam berak kapor” kata Bell.
          “Sorry sayangku, aku tak boleh join laa... Ada date… Adios amigos…  Bye Bebey! Bye Bell!” Lena berlalu ambil melambai-lambai tangan ke arah Bell dan Bebey. Tinggal Bebey dan Bear sahaja dicafe.
          “Jom Bear lambat dah ni...Pukul 5 petang aku ada training dengan krew aku. Ko tau jer laa bulan depan aku kena masuk dance competion kat Tokyo. Sebelum tu teman aku tukar baju dulu nanti lewat pulak aku sampai training.” Ajak Bell
          “Sorry Bell tgh hari aku malas nak study, stado (tdo) lagi bagus. Nak teman ko gi tukar baju boleh.” Kata Bebey sambil mempamer muka malas.

          Bebey menemani Bell menukar baju uniformnya. Sejurus selepas itu, dia balik ke hostel. Manakala Bell pula melangkah menuju ke perpustakaan dengan pakaian yang telah di tukar. Bell mencari bahan untuk membuat assingment, tanpa disedari begitu pantas masa berlalu. Sekali dia menoleh ke arah jam yang ditangan, dia tekejut kerana telah masuk pukul 5 petang dan dia belum mengemas barang-barangnya untuk ke Dewan Jubli bagi mengikuti latihan dengan krew tariannya.

          Bell belari sepantas yang boleh untuk sampai dengan cepat ke Dewan Jubli yang berada di tingkat bawah bersebelahan Dewan Peperiksaan. Dia tidak terkejut menyaksikan krewnya dan Yaya yang telah menunggu dia untuk memulakan latihan hari itu. Yaya telah menghapiri Bell yang tercungap-cungap sambil menghulurkan air kearahnya.

          “Bell, kena kejar hantu? Tercungap-cungap ja aku tengok.” Sengaja Yaya berkata begitu kepada Bell.
          “Ye, kena kejar ngan antu (hantu) ko... uwerk...” Bell menjelir lidah ke arah Yaya.
          GIRLZ cepat sedia ke posisi masing-masing, Kita buat bentuk V dan mula dengan panaskan badan. Yaya muzik please… ” Bell memberi arahan kepada Yaya dan krewnya.
          “Mula dengan kepala, tangan dan kaki. Lepas tu kita buat tarian poco-poco” Kata Belldalam nada bersahaja.    
“Aduh mati laa kita macam nie, semua nie Yaya laa yang sengaja cari pasal dengan ‘Miss Cold’ tu. Eeeerghh geramnya aku” Marah Rienie, kalau dah Bell suruh mereka membuat poco-poco comfirm mereka terpaksa berlatih didalam keadaan yang sengsara. Sempat dia menunjukkan penumbuk kearah muka Yaya.
          “Aik baru setengah jam dah mengeluh?? Penat ke?? Atas pentas nanti macam mana korang nak berhenti?? Lagi teruk kat sana, pasti korang tak tau.” Bell berkata dengan nada sindiran kepada krewnya.
          “Bell cuba ko pusing mengadap kami, dah nak putus nafas tau. Kalau ko nak balas pon buat laa kat Yaya jangan berdendam dengan kami. Mati lahh kami macam ni!” Dania pula menjawab bagi pihak rakannya yang lain.

          Bell berpusing mengadap krewnya. Semua kelihatan letih sangat membuat rutin tarian tanpa henti selama setengah jam. Dia ingin mereka merasakan apa yang pernah dirasakannya sewaktu bersama krew ‘Miss Linda’ sehingga krew mereka menjadi juara di Disneyland USA. Berkat usaha gigih ‘Miss Linda’ mengajarnya untuk tidak berputus asa menyebabkan dia menambil alih krew pasukannya dan melatih mereka sehingga membolehkan mereka menyertai kejohanan di Tokyo.

          “Baru korang tau rasa aku berlari nak putus nafas, lain kali buat laa lagi. Dah take 5”

          Terdengar keluhan kecil di mulut krewnya, tetapi mereka tidak berani menentang Bell kerana takut diarah supaya berlatih sehingga waktu senja. Sedangkan mereka berlatih sehingga pukul 6.30 petang pun dah semput semacam, inikan pula ingin berlatih sehingga pukul 7 malam.

          “Pasal ko la nie Yaya,Bell dera kami” Rungut Dania.
          “Bagus laa tu memperkuatkan stamina...Hehehe...” Balas Yaya sambil tersenyum kearah mereka.  

          Sambil melepaskan lelah mereka terus di beri nasihat oleh Bell mengenai teknik-teknik tarian yang betul-betul boleh memukau juri pertandingan dan mereka turut dinasihatkan untuk tidak banyak minum minuman sejuk dan ‘berais’. Yaya hanya melihat Bell yang banyak memberi nasihat kepada krewnya.

          “Bell, balik awal boleh??” Pinta Diedie dengan mempamerkan muka kasihan.
          “Aper hal korang semua ni ha? Baru berlatih setengah jam dah nak putus nyawa ka! Nak Balik awal laa! Korang ingat tak bulan depan kita semua akan menyertai pertandingan! PERTANDINGAN!” Bell sengaja menekan perkataan pertandingan untuk mengingatkan mereka.

          Bell memberi pandangan maut kepada krewnya. Masing-masing tidak berani melawan panahan mata Bell sekiranya ‘Big Boss’ mereka naik angin. Kesudahannya  mereka semua diberi kutbah percuma oleh Bell. Latihan diteruskan dan Bell menjadi lebih kejam apabila mereka disuruh berdiri menjengket selama 15 minit sebagai hukuman meminta balik awal. Selepas 45 minit berikutnya tamat sesi latihan mereka, pada hari tersebut.

          “Krew bersurai! Esok saya nak kita berkumpul tepat jam 4 petang Arraso!?”
          “Arrasso” Jerit mereka serentak.

          Semua tersenyum kelegaan walaupun masing-masing penat tetapi mereka gembira kerana mempunyai seorang ketua yang tegas dan adakalanya kejam demi menjamin kemenangan di Tokyo, mereka rela. Bell berjalan ke arah Yaya, sebelum sempat Yaya meninggalkan dewan.

          “Yaya tunggu!” Jeritan Bell mematikan langkah Yaya.
          “Apa ‘Extra’ job aku??” Soal Bell, dengan nada suara tegas.
          “Mari kita ke kelas, di sini tak sesuai.” Yaya membalas sambil memerhati keadaan sekeliling dewan.
                             
          Mereka berjalan menuju ke arah kelas yang terdekat dan membincangkan tentang kertas kerja yang perlu disiapkan oleh Bell selaku penolong pengurus di Easy Entertainment.

          “Yaya kerek boleh cepat sikit tak?? Badan aku dah ada bau tapir… Please aku perlu segera balik dan mandi…Sebelum ada yang pengsan dengan bau badan aku.”

          Bell ingin segera pulang jika boleh, malas dia memikirkan tentang ‘Extra job’ yang perlu disiapkan. Yaya mebuka laptopnya serta memasukan  ‘Thumb Drive’ dan membuat salinan pada ‘External hard disk’ milik Bell sebelum Bell betukar fikiran menyuruh dia menyemak dokumen-dokumen yang perlu di tandatangan oleh pengurusnya iaitu Edward, abang saudara Bell.

          Bell, semua dokumen ni perlu diteliti dan di bentangkan dalam mesyurat jawatan kuasa esok”
          Serius??” Soal Bell dengan muka terkejut matanya yang sedia bulat dibuntangkan agar kelihatan lebih besar.
          Muka aku ada macam main-main ke??” Soal yaya kembali.
          “Argghh...tension!!”

          Jeritan Bell bergema disetiap sudut. Yaya yang mendengar jeritan Bell segera meninggalkannya kerana memahami sikap Bell yang suka menyendiri ketika dia sedang marah atau tension. Bell merasakan dadanya seolah-olah ditimpa batu yang besar, sukar dia melepaskan nafas. Sepatutnya perkara ini adalah kebiasaan baginya... Belajar dan bekerja dimasa yang sama menjadikan dia seorang yang pandai menghargai masa.

          Tiba-tiba Blackberry storm 2 milik bell berbunyi menandakan ada masej masuk ke handphone. Bell mencapai Blackberry pemberian Edward sempena hadiah hari lahirnya yang ke 18 pada tahun lalu. Dia membaca pesanan ringkas yang tertera di skrin.

          Bell, I miss you. Harap you sihat dan bahagia selalu. Salam sayang your lover.”

          Bell menyimpan kembali Blackberry didalam beg galas. Ermi, menghantar pesanan ringkas kepadanya semasa dia sedang tension oleh itu dia tidak berminat membalas masej tersebut walaupun daripada putera hatinya. Bell menyimpan semua barang-barangnya dan bergegas keluar dari kelas. Bell berjalan menuju ke hostel. 

1 comment:

  1. From Amirah Hanis:
    Permulaan cerita ni agak menarik & bagus.Saya suka permulaan citer di negara orang lain terutama bandar maju tokyo. Keep It Up & Always Keep The Faith

    ReplyDelete